KUALA LUMPUR – Mulai 1 Januari 2019, CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan pemberian cuti bersalin selama enam bulan tanpa potongan gaji khas buat semua kakitangan wanita yang pertama kali menjadi ibu.

Kredit: The Star

Memetik laporan BH Online, Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB iaitu Datuk Hamidah Naziadin menyatakan bahawa tempoh cuti bersalin ini boleh dimohon sekitar 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

“Mereka yang pertama kali bergelar ibu boleh menikmati faedah ini 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin. Malah, ia boleh dilanjutkan dengan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan yang turut ditawarkan kepada kakitangan bagi membolehkan mereka menjaga anak sulung sehingga berusia setahun.”

Kredit: SirapLimau

Langkah pelaksanaan faedah cuti buat ibu mengandung ini adalah bertujuan untuk memupuk budaya keibubapaan di samping mengelakkan bakal ibu daripada meninggalkan kerjaya masing-masing.

Kredit: alfa-img.com

Selain pemberian cuti selama enam bulan kepada pekerja wanita yang mengandung, pihak CIMB turut menawarkan faedah cuti kepada kaum bapa bagi tempoh sebulan.

Bukan itu sahaja, mana-mana kakitangan yang mempunyai anak kurang daripada usia lima tahun atau berkeperluan khas dibenarkan untuk bekerja dari rumah sehari dalam seminggu.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds