Berkuat kuasa 6 Januari 2019 (Ahad), KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Kredit: Awani

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Wan Ahmad Dahlan Hj Ab. Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara berkata Baginda telah meletak jawatan dari jawatannya selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja,” memetik kata Wan Ahmad.

Wan Ahmad berkata KDYMM Seri Paduka Baginda, sepanjang tempoh berkhidmat telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai Ketua Negara, dan memainkan peranan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.

Kredit: BFM News/Twitter

Di samping itu, Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

Baginda juga menyampaikan penghargaan tertinggi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan atas kerjasama yang diberikan.

“Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini,” kata Wan Ahmad.

Wan Ahmad berkata, Baginda telah bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu, bertolak ansur dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab terhadap negara berdaulat ini supaya Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku telah bersedia untuk kembali ke negeri asal Baginda, Negeri Kelantan untuk bersama dengan kerajaan negeri dan rakyat Kelantan untuk menjaga dan membangunkan Negeri Kelantan.

Sumber: The Star OnlineBFM News/Twitter, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds