Pintar menggunakan peluang dan kemudahan yang ada, hanya ini sahaja yang boleh difikirkan di saat menyaksikan video yang mencuit hati ini.

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, Jariel, nampaknya mempunyai masalah dengan kerja rumah yang diberikan oleh guru matematiknya di sekolah. Namun, dengan kebijaksanaannya menggunakan semua kemudahan yang ada berdekatan dengannya, Jariel dengan mudah dapat menyelesaikan masalahnya.

Kredit: Yerelyn/Twitter

Daripada pergi merujuk kepada ibunya, Jariel yang perlu menyiapkan kerja sekolahnya telah ditangkap menggunakan khidmat daripada pembesar suara pintar dari Amazon yang lebih dikenali sebagai Alexa.

Mungkin Jariel berfikir, “Adakah Alexa boleh membantu saya menyelesaikan matematik ini?”

Kredit: Flickr

Jariel sedang melakukan kerja rumahnya, tetapi dia memerlukan bantuan.

Ibu Jariel, Yerelyn Cueva memuat naik video di laman Twitter tentang anaknya yang seharusnya melakukan kerja rumah matematiknya tanpa bantuan.

“Alexa, berapakah 5 tolak 3?” Tanya Jariel kepada peranti yang menunggu tindak balasnya.

“5 tolak 3 sama dengan 2,” jawab Alexa.

Nah, si kecil ini berjaya mendapat jawapan untuk kerja rumahnya tanpa perlu berfikir!

Kredit: Yerelyn/Twitter

Melihat kepada keadaan ini, Cueva kelihatan seperti akan berdepan dengan anak kecilnya pada akhir video.

Dengan rasa tidak percaya bagaimana ‘pintar’ anaknya dalam menggunakan teknologi untuk membantunya menyiapkan kerja rumahnya, Cueva memberitahu bahawa dia terdengar anaknya bercakap dengan Alexa dari ruang tamu.

Kredit: Yerelyn/Twitter

“Saya berada di ruang tamu dan saya mendengar dia bertanya Alexa beberapa soalan matematik, dan saya berasa tidak percaya,” kata Cueva.

“Apa yang anda tidak lihat (dalam video) adalah selepas itu dia berkata ‘Terima kasih Alexa kerana membantu saya dengan kerja rumah saya’. Perkara yang lucu adalah matematik sebenarnya adalah subjek kegemarannya.”

Kredit: Yerelyn/Twitter

“Saya terkejut kerana dia tahu perkara ini. Dia hanya malas. Mengambil jalan pintas,” tambah Cueva.

Comel sungguh gelagat si pintar ini. Semoga kamu membesar dengan berjaya!

Sumber: Yerelyn/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds