Tahukah anda bahawa pengambilan telur setiap hari dikatakan boleh mengurangkan risiko dan mengawal pengembangan penyakit diabetes jenis 2?

Penyelidikan baru di Eropah mendapati bahawa pengambilan telur yang lebih banyak, kira-kira sebiji telur sehari dikatakan boleh membantu menurunkan risiko menghidap diabetes jenis 2 berbanding mereka yang kurang mengambil telur dalam diet mereka.

Penyelidikan tersebut dijalankan oleh penyelidik di University of Eastern Finland yang melibatkan 239 sampel serum darah. Sampel tersebut dikatakan telah diambil daripada para peserta yang mengambil bahagian dalam kajian  ‘Kuopio Ischaemic Heart Disease Risk Factor Study (KIHD)’ di timur Finland.

Sampel tersebut telah dianalisis dan dibahagikan kepada empat kumpulan: subjek (peserta) yang mengambil jumlah telur yang lebih tinggi, ditakrifkan sebagai mereka yang mengambil purata sebiji telur setiap hari; mereka yang mengambil jumlah telur yang lebih rendah pula merupakan mereka yang mengambil purata dua biji telur setiap minggu. Kumpulan lain pula melibatkan mereka yang makan telur dan menghidap diabetes jenis 2; dan sebuah kumpulan lain terdiri daripada mereka yang sihat dan mereka bertindak sebagai kumpulan kawalan.

Purata umur peserta yang terlibat dalam penyelidikan ini ialah sekitar 19.3 tahun.

Kredit: Diet Doctor

Hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Molekul Pemakanan dan Penyelidikan Makanan menunjukkan bahawa sampel darah peserta yang makan telur setiap hari memperlihatkan mereka adalah golongan yang sihat dan bebas daripada menghidap diabetes jenis 2.

Di samping itu, penyelidik juga mendapati bahawa tahap tyrosin amino asid yang lebih tinggi dalam darah boleh memberi risiko yang lebih tinggi untuk seseorang menghidap diabetes jenis 2.

Penemuan terdahulu daripada kajian yang sama juga menyarankan bahawa dengan mengambil kira-kira sebiji telur sehari dikatakan boleh mengurangkan risiko bagi seseorang untuk menghidapi diabetes jenis 2 terutama bagi golongan pertengahan umur.

Walau bagaimanapun, sebelum ini pengambilan telur yang banyak adalah tidak digalakkan disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi. Namun, di sebalik semua itu telur juga sebenarnya merupakan sumber yang kaya dengan nutrien dan sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Menurut Stefania Noerman, ketua penyelidik dari University of Eastern Finland mengatakan bahawa walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan namun, kajian telah menemukan beberapa petunjuk yang menunjukkan bahawa pengambilan telur sebenarnya memberi kesan dalam  pengembangan diabetes jenis 2.

Sumber: Free Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds