Savji Dholakia yang merupakan seorang pedagang berlian di Surat, India sangat dikenali kerana gemar memberikan ganjaran dalam bentuk hadiah yang mahal kepada para pekerjanya.

Nama Savji sekali lagi menjadi sebutan hangat apabila beliau telah menghadiahkan sebanyak 600 buah kenderaan kepada semua pekerja bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali yang lalu.

Savji dikatakan telah menghadiahkan kenderaan jenis Renault KWID dan Maruti Suzuki Celerio kepada 600 pekerjanya. Bukan sahaja itu, beliau turut memberi ganjaran wang tunai dan apartmen kepada ribuan lagi pekerja.

Menurut laporan New Indian Express, dianggarkan nilai keseluruhan 600 buah kereta itu mungkin mencecah lebih daripada RM82.6 juta (Rs 14.62 crore).

“Harga kedua-dua jenis kereta masing-masing melebihi RM24,000 dan RM30,000,” ujar Savji dalam satu status yang dimuat naiknya di Facebook.

Pemberian ‘hadiah Deepavali’ ini diadakan dalam satu majlis besar-besaran iaitu ‘Sambutan Insentif Kemahiran India’ yang diadakan di Surat, Gujarat. Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menyampaikan ucapan beliau menerusi panggilan video yang disiarkan di hadapan semua pekerja.

Malah, beliau sendiri turut menghadiahkan kereta kepada beberapa orang pekerja di New Delhi.

Kredit: Facebook/Savji Dholakia

Pada September yang lalu, nama Savji turut memenuhi dada-dada akhbar apabila beliau dilaporkan telah menghadiahkan kereta Mercedes Benz SUV kepada tiga pekerja senior yang telah berkhidmat di dalam syarikatnya selama 25 tahun. Harga bagi sebuah kereta SUV itu dikhabarkan mencecah RM56,000!

Sementara itu pada tahun 2017, Savji telah menghadiahkan sebanyak 1200 kereta Datsun Redi-GO kepada para pekerjanya sempena sambutan Tahun Baharu. Pada tahun sebelumnya pula iaitu 2016, ahli perniagaan yang berjaya ini telah memberikan bonus Deepavali sebanyak RM2.8 juta, 1260 buah kereta dan juga 400 rumah pangsapuri kepada semua pekerja beliau.

Sumber: New Indian Express

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds