KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia yang kehilangan atau kerosakkan pasport mereka dikatakan bakal dikenakan denda antara RM300 sehingga RM1,200 bagi menggantikan dokumen tersebut.

Keputusan yang baru berkuat kuasa pada hari Rabu, 2 Januari lalu itu tertakluk di bawah Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar melalui laman sesawang rasmi Pejabat Peguam Negara.

Kredit: Says

Menurut perintah tersebut, individu yang kehilangan dokumen terbabit buat kali pertama bakal dikenakan denda sebanyak RM400. Namun begitu, bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang sedang belajar di luar negara mereka akan didenda RM300 jika mereka kehilangan atau kerosakan pasport mereka buat kali pertama.

Untuk penggantian kedua, pemegang pasport akan dikenakan denda RM700, manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan pelajar berumur 21 tahun ke bawah belajar di luar negara akan didenda sehingga RM600.

Tambahan lagi, mereka yang kehilangan atau merosakkan pasport mereka untuk kali ketiga pula akan dikenakan denda RM1,200 manakala bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang belajar di luar negara akan dikenakan denda RM1,100.

Sumber: New Straits Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds