Bagi pesalah kali pertama yang didapati merokok di premis makanan, denda sebanyak RM 500 akan dikenakan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata penalti itu akan dikenakan hanya kepada perokok yang masih melanggar peraturan walaupun diberi peringatan lisan berulang.

Kredit: Bernama

“Bagi kesalahan kali pertama, perokok akan dikenakan saman oleh penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan terbabit dan perlu membayar saman itu dalam tempoh 2 minggu.

“Sekiranya saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut atau perokok yang didapati mengulangi kesalahan sama, mereka akan dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, 4 Januari yang lalu.

Lee berkata pada 6 Nov 2018, kementerian akan menggunakan pendekatan amaran lisan terlebih dahulu kepada perokok dalam 6 bulan pertama selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan 1 Januari lalu.

Kredit: The Star Online

Sementara itu, Lee menyesali insiden di mana seorang pelayan restoran ditampar kerana menegur sekumpulan perokok di sebuah restoran di Shah Alam pada Selasa (1 Jan).

Menurut Lee, langkah kerajaan untuk meluaskan kawasan larangan merokok adalah bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada pencemaran asap rokok dan merangsang perokok untuk memilih gaya hidup sihat.

Sumber: The Star Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kempen NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds