Apabila seekor anjing berbaka husky yang bernama Banner kelihatan sangat tertekan, pemiliknya, Whitney Braley, memutuskan untuk mempercayai anjingnya dan pergi mengekorinya.

Banner kelihatan sangat mahu pemiliknya tahu ada sesuatu yang telah berlaku dan cuba membawanya ke suatu tempat.

Kredit: bannerthesuperdog/Instagram

Tidak berkelakuan seperti biasa, Whitney membiarkan Banner membawanya sehingga mereka tiba di hutan berhampiran ketika Banner mulai mengelilingi sebuah kotak yang ditinggalkan di situ.

Apabila Whitney membuka penutup kotak itu, Banner dengan cepat mengambil sesuatu dari dalam kotak itu dan rupa-rupanya seekor anak kucing sudah berada di mulutnya! Kemudian mereka mendapati bahawa terdapat enam ekor lagi anak kucing di dalam kotak itu.

Kredit: bannerthesuperdog/Instagram

“Saya berasa terkejut. Anak-anak kucing itu tidak membuat sebarang bunyi, jadi saya fikir mereka mungkin telah mati. Tetapi mereka semua masih hidup. Seseorang pasti telah memasukkannya ke dalam kotak kadbod itu, menutup penutupnya dengan ketat dan membiarkannya di sana. Mereka mungkin berfikir bahawa tidak ada yang akan menemui mereka,” kata Whitney mengimbas saat dia dan anjing kesayangannya menemui anak-anak kucing itu.

Kredit: bannerthesuperdog/Instagram

“Saya tidak tahu bagaimana Banner tahu bahawa mereka berada di sana. Anak-anak kucing itu kesejukan dan tidak mengeluarkan bunyi atau melakukan apa-apa. Banner hanya mengetahuinya. Banner adalah pahlawan sejati. Sekiranya Banner tidak menemui anak kucing itu, mereka semua akan mati.”

Whitney sangat kecewa dengan sikap orang yang tergamak meninggalkan anak-anak kucing itu dan membiarkan mereka berada dalam keadaan yang sangat buruk.

Selepas memastikan bahawa semua anak kucing itu sihat dan cukup matang, Whitney merancang untuk memberikan anak-anak kucing itu kepada sesiapa yang ingin memiliki anak kucing. Tetapi ketika itulah Whitney menyedari betapa lainnya sikap Banner setelah kemunculan anak-anak kucing tersebut.

Banner berkelakuan seperti ibu kucing.

Kredit: bannerthesuperdog/Instagram

“Banner tidak akan meninggalkan mereka. Kamu boleh melihat Banner mengawasi mereka sepanjang masa dan mengira mereka untuk memastikan mereka semua masih di sana. Banner berbaring bersama mereka, berpelukan dengan mereka dan tidur dengan mereka. Banner seperti ibu angkat mereka dan Banner melihat mereka sebagai bayinya,” jelas Whitney.

Kredit: bannerthesuperdog/Instagram

“Banner adalah anjing yang bersifat keibuan dan penyayang. Saya tidak pernah jumpa anjing lain seperti Banner. Tetapi saya sangat gembira kerana sekarang kerana Banner, anak-anak kucing ini akan terus menjalani kehidupan mereka dengan keluarga yang penuh kasih sayang. Hal ini menghangatkan hati saya.”

Kata orang, anjing dan kucing tidak boleh bersama-sama, tetapi anjing yang indah dengan hati yang mulia ini ternyata telah membuktikan bahawa anggapan kita semua salah. Terima kasih Banner!

Sumber: LAD

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds