Sepasang suami isteri yang sedang berbasikal ditakdirkan menemui satu nyawa yang sangat berharga di tempat yang tidak disangka-sangka. Ketika Céline (@tartemadame) dan suaminya, Daniel (@cycling.dan), sedang berbasikal di pedalaman Brittany tengah, Perancis, mereka tiba-tiba terdengar suara tangisan kucing yang datang dari bahagian bahu jalan.

Bimbang dengan bunyi itu, mereka memutuskan untuk berhenti dan menemui seekor anak kucing yang bersendirian.

Kredit: tartemadame/Instagram

“Kami sedang berada di jalan yang sangat sunyi yang melalui hutan dengan tiada rumah berhampiran, tiba-tiba kami mendengar bunyi bising yang kuat yang datang dari bahu jalan,” kata Céline kepada Love Meow.

“Pada mulanya, kami fikir bunyi itu datang dari sejenis burung jadi kami berhenti dan cuba melihat di mana bunyi itu datang dan di situlah kelihatan seekor anak kecil yang ketakutan, menangis.”

Kredit: tartemadame/Instagram

Anak kucing itu tertekan dan tidak mahu mendekati pasangan itu. Céline berbaring di tanah dan bercakap dengannya dengan lembut, cuba mendapatkan kepercayaannya. Apabila kucing itu menyedari bahawa pasangan itu tidak berbahaya, dia berjalan ke Céline dan memutuskan untuk bermanja dengannya.

“Kucing itu tidak mahu meninggalkan saya, kucing itu terus mendaki saya (dengan pencakarnya) dan menangis,” kata Céline. “Pada ketika itu, kami tahu kami perlu membawanya pulang ke rumah.”

Kredit: tartemadame/Instagram

Perjalanan ke rumah adalah sangat panjang dan tidak ada cara yang selamat untuk menjaga anak kucing itu kerana mereka akan bergerak terus-menerus ketika berbasikal. Tiada pilihan lain, pasangan itu memutuskan untuk bergegas ke rumah untuk mendapatkan kereta mereka. Selepas meletakkan anak kucing di tempat persembunyiannya, mereka segera meninggalkannya, berkayuh pada kelajuan yang terpantas dan berharap agar anak kucing itu tidak akan keluar dari kawasan persembunyiannya.

Kredit: tartemadame/Instagram

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah, mereka mengambil sebuah kotak dan segera menuju ke kawasan tadi. “Sebaik sahaja saya keluar dari kereta dan memanggilnya, dia keluar dari tempat persembunyiannya dan berlari ke arah saya,” kata Céline.

Anak kucing itu melompat ke dalam dakapannya seolah-olah sudah bersedia untuk pulang ke rumah dengan mereka. “Kucing itu menghabiskan malam pertamanya dengan memberikan suami saya satu sesi terima kasih.”

Kredit: tartemadame/Instagram

Mereka menamakannya Mini Kitty.

Beberapa hari seterusnya, anak kucing itu sudah selesa berada di rumah baharunya dan mendapatkan makan dan rehat yang secukupnya. Mini Kitty selalu berada disamping Céline atau Daniel untuk keselamatan dan keselesaan.

Kredit: tartemadame/Instagram

Sejak itu, Mini Kitty menjadi peminat pelukan yang terbesar dalam keluarga dan akan memeluk sesiapa sahaja dan apa-apa sahaja.

Kredit: tartemadame/Instagram

“Mini Kitty adalah kucing yang cantik, sangat jinak dan suka bermain. Sebaik sahaja dia mendengar kami bangun, Mini Kitty akan berlari menaiki tangga untuk menyambut kami dengan menggeselkan kepalanya di kaki kami dan membuat bunyi purr,” tambah Céline.

Mini Kitty adalah ahli keluarga paling muda dalam keluarga (mereka mempunyai seekor anjing dan seekor kucing yang lain) dan yang paling gemar memeluk sesiapa sahaja.

Kredit: tartemadame/Instagram

Mini Kitty akan memeluk apa-apa sahaja, termasuklah anak patung Piglet.

Kredit: tartemadame/Instagram

Setahun kemudian, kucing ini tidak lagi bersaiz ‘mini’ (kecil), tetapi beberapa perkara tidak pernah berubah. Mini Kitty masih gemar memeluk sesiapa sahaja pada setiap hari, sama seperti saat ketika ditemui di pinggir hutan.

Kredit: tartemadame/Instagram

Sumber: Love Meowtartemadame/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds