Menjadi ibu bapa merupakan satu kurniaan terindah dalam hidup seseorang. Ia adalah satu tanggungjawab yang bukan sahaja besar tetapi juga mencabar, tambahan pula jika anda baru pertama kali menjadi ibu bapa.

Salah satu cabaran terbesar adalah untuk menidurkan bayi anda. Jika gagal berbuat demikian, maka waktu malam anda pasti akan diganggu dengan tangisan dan rengekan bayi.

Justeru, kami akan mengongsikan beberapa tips hebat yang akan membantu anda menidurkan bayi dengan lebih cepat dan juga lena…

#1 Bedung bayi anda

Kredit: Aden and Anais

Bayi akan mengalami tindak balas mengejut sejak lahir hinggalah berusia enam bulan. Tindak balas ini menyebabkan bayi sering mengangkat tangan mereka sewaktu tidur sekali gus mengakibatkan mereka terjaga dari tidur.

Jadi, membedung bayi dengan ketat membantu mengelakkan kejutan ini sekali gus membolehkan mereka tidur lebih lena!

#2 Menggunakan lampu malap ketika bayi tidur

Kredit: depositphotos.com

Mengajar bayi bahawa waktu malam adalah waktu tidur merupakan tugas yang amat mencabar. Dengan menggunakan pemalap lampu di dalam bilik tidur, ia akan memberi isyarat kepada bayi bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

#3 Rutin memandikan bayi dengan air hangat pada waktu malam

Kredit: depositphotos.com

Mandian hangat sebelum tidur adalah satu rawatan yang sangat efektif bagi memastikan tidur menjadi lebih lena dan selesa. Dengan cara ini, bayi anda akan tahu sudah tiba masanya untuk melelapkan mata.

#4 Menggunakan kaedah ‘white noise’

Kredit: pexels.com

Kaedah ini merupakan gabungan bunyi tertentu yang mampu menenangkan bayi sekali gus membuatkannya menjadi lena. Namun, tidak semua bayi akan berasa tenang ketika mendengar bunyian yang sama.

Ada bayi yang lena apabila mendengar bunyi kipas, ada juga bayi yang menjadi tenang ketika mendengar bunyi kicauan burung. Apa yang perlu anda sebagai ibu bapa lakukan adalah terus mencari bunyian white noise apakah yang bersesuaian dengan kehendak anak anda.

#5 Menukar lampin bayi secara terancang pada waktu malam

Kredit: depositphotos.com

Membuat perancangan yang bijak untuk bayi tidur pada waktu malam dan menukar lampin mereka membantu bayi untuk tidur dengan lebih lena. Sebelum menyusukan bayi pada waktu malam, tukar lampin mereka dan bedung mereka dengan selesa.

Jika anda menukar lampin bayi selepas waktu makan, bayi akan menjadi lebih segar dan sukar untuk tidur.

#6 Menggunakan tempat tidur bayi dengan sebaik mungkin

Kredit: depositphotos.com

Untuk tempoh enam bulan pertama, adalah sebaiknya anda memastikan bayi tidur berdekatan dengan anda. Salah satu idea yang baik adalah dengan meletakkan bayi di dalam buaian atau bakul seperti dalam gambar dan tidur di sebelah mereka.

Hal ini dapat menjami tidur bayi tidak diganggu dan memastikan bayi lebih selamat dan selesa.

#7 Jangan tatap mata bayi ketika menidurkan mereka

Kredit: pixabay.com

Perkara pertama yang bayi belajar adalah melihat mata orang lain untuk berkomunikasi dan mengenali individu di sekelilingnya. Menatap mata dan berbual dengan bayi akan membebaskan sejenis hormon kasih sayang yang disebut sebagai oxytocin.

Hormon ini dikatakan dapat meningkatkan kadar degupan jantung bayi. Justeru, jangan lihat bayi anda jika anda mahu mereka tidur dengan lebih tenang dan cepat.

#8 Mencari helah terbaik untuk menidurkan bayi

Kredit: unsplash.com

Setiap bayi mempunyai perkara yang mereka suka dan tidak suka. Ibu bapa haruslah bijak mencari perkara yang disukai bayi sebelum mereka tidur.

Sama ada membelai kening mereka, menyanyi dan sebagainya, sebaik sahaja anda menemui helah ini, anda pasti dapat menidurkan bayi dengan lebih mudah.

#9 Tidak salah untuk mengejutkan bayi yang sedang tidur

Kredit: depositphotos.com

Kebanyakan ibu bapa takut untuk mengejutkan bayi yang sedang tidur kerana bimbang mereka akan meragam. Namun, jika bayi anda tidur terlalu lama sehingga terlepas waktu makan mereka, anda perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur.

Tips ini bukan sahaja membantu bayi untuk mempunyai rutin tidur yang betul tetapi juga mengelakkan mereka daripada meragam.

#10 Kurangkan pengambilan kafein jika bayi masih menyusu badan

Kredit: shutterstock.com

Anda perlu mengurangkan pengambilan kafein dalam diet seharian bagi mengelakkan bayi menjadi cerewet dan meragam. Pastikan anda hanya mengambil 3 hidangan kafein setiap hari.

Mungkin anda juga boleh memerhatikan mood bayi anda jika anda ada mengambil minuman mengandungi kafein seperti kopi, teh mahupun coklat. Jika mereka mudah meragam, sebaiknya kurangkan…

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds