Jangan membuang dan membazir apabila sebiji durian itu amat berharga. Itu yang dilakukan oleh seorang pencinta durian setelah ditahan di pusat pemeriksaan keselamatan dan tidak dibenarkan memasuki stesen kereta api kerana membawa sebiji durian. Bagi mengelak durian itu dibuang atau dimakan orang lain, seorang wanita telah membuat keputusan nekad dengan memakan kesemuanya.

Insiden ini telah dirakamkan pada 29 Disember tahun lalu apabila pihak sekuriti di stesen kereta api bandar Zhejiang di wilayah Quzhou telah menghalang seorang wanita daripada memasuki kereta api kerana mendapati dia membawa sebiji durian di dalam begnya.

Kredit : Pear Video / NextShark

Raja segala buah itu sememangnya menjadi kegemaran ramai penduduk di Asia. Akan tetapi sentiasa menjadi bahan larangan di kebanyakan tempat seperti di hotel, lapangan terbang, dan dalam kebanyakan pengangkutan awam lain oleh kerana baunya yang sudah pasti menusuk hidung dan memeningkan.

Oleh kerana wanita ini berasa amat sayang untuk meninggalkan begitu sahaja durian berharga itu, dia telah membuat keputusan nekad untuk memakan durian kesayangannya pada ketika itu juga dengan pantas. Dan cara dia memakan durian itu amat hebat dan gemilang.

Kredit :  Pear Video / Shanghaiist

Entah dari mana, wanita ini berjaya mendapatkan sebilah gergaji dan mula mengergaji dan menghentak durian itu, membuka dan memakan kesemua ulas durian di dalamnya dalam masa 10 minit.

Dan dalam masa itu, setelah selesai memakan sebiji durian, wanita ini telah dibenarkan memasuki stesen, tidak ketinggalan kereta api dan berjaya menaiki kereta api mengikut waktunya.

Dan perkara seperti ini sebenarnya bukan pertama kali pernah terjadi kepada penumpang kereta api yang tidak mahu membazir atau membuang durian berharga yang telah dibeli oleh mereka di China.

Kredit : Pear Video / Shanghaiist

Menurut Shanghaiist, pada tahun 2016 pernah terjadi seorang wanita memakan durian seberat 5 kilogram di stesen kereta api Anhui sebelum terpaksa berhenti apabila hidungnya mula berdarah dan kereta api sudah mahu bergerak.

Manakala pada tahun 2017, seorang wanita dilaporkan telah memakan dua biji durian dengan pantas dan segera ketika berhenti di stesen kereta api Sichuan, gara-gara tidak dibenarkan membawanya ke dalam kereta api.

Lihat video di bawah.

Kredit: Netizen Watch/Youtube

Sumber : Shanghaiist , SAYS, Netizen Watch/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds