AONANG – Seorang warga Thailand sanggup mencagarkan geran rumahnya demi membantu sepasang suami isteri warga Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Krabi sehingga mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki.

Pasangan suami isteri dikenali sebagai Abdul Wahab Yahaya dan Junaidah Muhammad Said dijatuhkan hukuman bersalah dan ditahan di mahkamah. Bagaimanapun dilaporkan hanya Abdul Wahab ditahan di Thailand sementara isterinya dibenarkan pulang ke tanah air pada 30 Disember lalu.

Kredit: Harian Metro

Harian Metro melaporkan pasangan ini sedang menunggang motosikal di Jalan Aonang dan telah melanggar pejalan kaki tersebut. Abdul Wahab mengalami kecederaan pada rahang, tulang pipi, hidung dan pendarahan di dalam mata manakala isterinya pula mengalami gegaran otak akibat kemalangan berkenaan.

Berdasarkan undang-undang Thailand, mana-mana penunggang motosikal mahupun pemandu kenderaan akan dipersalahkan sekiranya terlibat dalam kemalangan membabitkan pejalan kaki. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila keluarga mangsa menuntut sebanyak RM200,000 daripada pasangan ini sekali gus menyebabkan mereka terpaksa menjual rumah di Rawang, Selangor.

 

 

Kredit: Harian Metro

Namun begitu, seorang insan berhati mulia yang merupakan warganegara Thailand dikenali sebagai Haji Ismail telah mengambil keputusan untuk membantu membayar sejumlah wang sebanyak RM15,463.20 untuk mengikat jamin Abdul Wahab.

Lebih mengejutkan lagi, insan berhati mulia itu turut mencagarkan geran tanahnya bagi membantu Abdul Wahab yang baru dikenalinya hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

“Menurut Encik Wahab, beliau diikat jamin sebanyak 120,000 Thai Baht dan perlu ada jaminan orang tempatan Thailand untuk meletakkan geran tanah atau rumah sebagai jaminan beliau daripada pihak mahkamah sekiranya diikat jamin duit sahaja tidak lagi memenuhi syarat tersebut.”

Kredit: Facebook

Dikhabarkan Haji Ismail turut memiliki sebuah restoran dikenali sebagai Restoran Madina yang terletak berhampiran Mesjid Al Aman Khlong Heng, M/5, Tambon, Aonang.

Sumber: Harian Metro, Wan Yoshiki/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds