Impian sepasang pengantin untuk menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna menjadi punah apabila rupa-rupanya mereka ditipu oleh perancang perkahwinan yang diupahnya.

Kredit: Elite Readers

Shine Tamayo dan pasangannya, Jhon Chen dilaporkan telah mengupah perancang perkahwinan dengan harga berjumlah 140,000 peso (RM 11,015.20) untuk menguruskan segala perhiasan dan makanan untuk tetamu yang datang ke majlis perkahwinan mereka yang dilangsungkan di Bandar Pasig, Filipina.

Dengan jumlah bayaran yang diberikan kepada perancang perkahwinan tersebut, pasangan ini yakin bahawa majlis mereka bakal berlangsung dengan meriah dan semua tetamu yang datang dapat pulang dengan perut yang kenyang.

Majlis pernikahan yang dilangsungkan di gereja bermula dengan baik, namun, setelah mereka tiba di hotel untuk majlis resepsi, segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri. Bukan sahaja tiada makanan yang disediakan untuk tetamu majlis, bahkan kek perkahwinan pasangan ini juga adalah kek tiruan.

Kredit: Elite Readers

Bimbang dengan kehadiran ramai tetamu namun tiada makanan yang disediakan, pasangan pengantin ini terpaksa membeli makanan daripada gerai makanan berhampiran dengan lokasi majlis dan membawa dulang-dulang tersebut untuk dijamu kepada para tetamu.

Kredit: Elite Readers

Malangnya, bukan itu sahaja yang berlaku. Apabila Shine dan Jhon melangsungkan acara memotong kek, mereka mendapati bahawa kek yang dihidangkan itu adalah kek yang diperbuat daripada polisterin yang dihias dengan gula aising.

Kredit: Elite Readers

Malu dengan semua tetamu yang menyaksikan kejadian itu, pengantin perempuan menutup muka dan menangis semahu-mahunya di hadapan keluarga dan rakan-rakannya. Pasangan ini berasa sungguh terhina dan malu sehingga tetamu membawa pasangan ini bersama dengan kek tiruan itu ke balai polis tempatan untuk membuat laporan berkenaan penipuan yang dialami oleh pasangan ini.

Kredit: Viral Press/YouTube

“Wanita yang kami upah untuk menguruskan makanan telah merosakkan majlis perkahwinan saya. Dia penipu. Dia sering meminta duit daripada saya, dan saya selalu memberikan apa yang dia mahukan kerana saya mahu majlis saya menjadi sempurna.

Kredit: Viral Press/YouTube

Saya tidak akan menerima kata maaf daripada dia, kemaafan sahaja tidak mencukupi, dia perlu dipenjarakan kerana dia telah merosakkan majlis perkahwinan saya.

Saya tidak pernah rasa begitu terhina sepanjang hidup saya. Ini sepatutnya menjadi momen paling berharga buat saya. Tetapi, momen ini menjadi momen yang paling teruk,” kata pengantin perempuan yang bersedih itu.

Kredit: Viral Press/YouTube

Anggota polis di Balai Polis Bandar Pasig mengesahkan bahawa perancang perkahwinan itu telah ditahan untuk siasatan dan kemudiannya telah dibebaskan.

Kredit: Viral Press/YouTube

Jurucakap kes ini berkata, “Siasatan berkenaan penipuan perkahwinan sedang dijalankan. Pengantin perempuan itu sangat kecewa dengan kek dan makanan di majlis perkahwinannya.

Kami telah mengesahkan bahawa sejumlah wang yang banyak telah dibayar untuk perkhidmatan yang tidak dilakukan dengan sebaiknya.

Perancang perkahwinan itu, Cik Krissa Cananea, telah disiasat dan kami akan membawa kes ini untuk dibicarakan.”

Saksikan video pasangan pengantin ini ketika di balai polis:


Kredit: Viral Press/YouTube

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds