Ada pendapat mengatakan bahawa anjing merupakan sahabat baik kepada manusia, dan ia sesungguhnya diakui oleh kebanyakan orang yang membela anjing sebagai haiwan peliharaan di rumah. Anjing lazimnya merupakan haiwan yang setia kepada tuannya dan akan bersungguh-sungguh melindungi keluarga tuannya daripada pelbagai ancaman.

Selain itu juga, tidak dapat kita nafikan bahawa anjing sangat mahir dalam berinteraksi dengan manusia. Dalam erti kata lain, anjing lebih mudah untuk difahami oleh manusia berbanding dengan haiwan lain. Anjing juga merupakan haiwan yang pintar kerana cepat belajar dan boleh dilatih bagi membantu manusia. Jadi, tidak hairanlah jika anjing didakwa sebagai sahabat baik kepada manusia.

Seperti kisah seekor anjing betina di Korea Selatan bernama Bokshil, di mana setiap hari Bokshil akan pergi ke suatu tempat, iaitu di hadapan pondok pengawal di hadapan pangsapuri untuk tempoh 10 tahun. Difahamkan bahawa Bokshil sebenarnya menunggu tuannya dalam tempoh berkenaan kerana dirinya telah ditinggalkan oleh tuannya ketika tuannya berpindah.

Mungkin tuannya tidak mampu menyara Bokshil membuatkan dia memutuskan untuk meninggalkan sahaja anjing peliharaannya di sana. Tidak kiralah apa yang berlaku, pasti Bokshil akan menunggu juga tuannya di sana, selain turut mengejar orang lain. Mungkin Bokshil fikir mereka itu tuannya.

Menurut seorang wanita yang juga merupakan penduduk tempatan, tuannya dahulu tinggal berdekatan, sebelum berpindah. Bokshil juga mungkin disuruh untuk menunggu di sana oleh tuannya. Setelah bertahun-tahun, bayang tuannya tidak juga kelihatan.

Setia akan tuannya menyebabkan Bokshil menunggu saban hari dengan penuh sabar dengan harapan agar tuannya muncul dan tidak akan berganjak walaupun ingin dialihkan. Sungguh pun begitu, wanita berkenaan dapat mengesan sesuatu tidak kena pada Bokshil kerana ketika diberi makan, Bokshil tidak boleh mengunyah makanan kerana sudah tiada gigi.

Rasa kasihan padanya menyebabkan wanita itu membuat rumah khas untuk Bokshil berlindung di waktu malam. Namun terdapat satu hari di mana Bokshil tidak kelihatan di lokasi yang sering ditunggunya itu. Pelik akan hal itu, wanita berkenaan memeriksa rumah Bokshil dan mendapati anjing tersebut ada di sana. Menerusi matanya, Bokshil seperti memberitahu ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Oleh yang demikian, wanita berkenaan bertindak membawa Bokshil ke hospital untuk diperiksa. Menurut doktor, walaupun Bokshil sudah berusia namun tahap kesihatannya amat baik kecuali katarak pada matanya. Oleh kerana itulah Bokshil dilihat mengejar orang ramai yang disangkakan tuannya kerana Bokshil tidak berupaya mengenali manusia ekoran kataraknya.

Walaupun deria penglihatannya makin merosot, namun ia tidak sama sekali melemahkan Bokshil dalam usaha menunggu tuannya. Semoga tuannya akan muncul suatu hari nanti.

Tonton kisah sedih Bokshil dalam video di bawah:

Sumber: SBS TV동물농장x애니멀봐

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds