California memulakan tahun baru 2019 dengan sebuah langkah besar untuk kesejahteraan haiwan.

Bermula 1 Januari, kedai haiwan di California secara rasminya dilarang daripada menjual anak anjing, anak kucing dan arnab yang berasal dari penternak komersial. Sebaliknya, kedai-kedai haiwan hanya akan dibenarkan untuk menempatkan haiwan yang diselamatkan dari pusat perlindungan tempatan sahaja.

Kredit: The Dodo

Dasar baru ini menumpukan kepada pusat pembiakan anak anjing dan penternak persendirian, yang mengutip keuntungan besar di atas penyeksaan haiwan dengan memaksa haiwan-haiwan ini untuk hidup dalam sangkar yang sempit dan kotor.

Dengan sedikit penjagaan sehingga tiada penjagaan langsung, bayi haiwan sering dihantar keluar untuk dijual di kedai-kedai haiwan – sementara ibu bapa mereka yang kesunyian menghabiskan hidup mereka untuk melahirkan lebih banyak “stok”.

Kredit: Persatuan Humane Amerika Syarikat (HSUS)

Dasar yang merupakan dasar kawal selia yang pertama dan paling ketat yang diwartakan ini mungkin akan memberikan kesan kepada ekonomi bagi California.

“[Ini] membawa kita satu langkah yang lebih besar ke hari di mana tiada lagi pusat pembiakan anak anjing yang tinggal untuk dijual,” kata Kitty Block, pemangku presiden dan ketua pegawai eksekutif Persatuan Humane Amerika Syarikat (HSUS), kepada The Dodo.

Kredit: Persatuan Humane Amerika Syarikat (HSUS)

Undang-undang ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan permintaan untuk haiwan yang barasal dari ‘kilang-kilang’, tetapi juga untuk membantu memastikan individu bersedia untuk menjaga haiwan kesayangan baru sebelum membuat keputusan untuk membawa mereka pulang ke rumah. Dasar ini melibatkan haiwan termasuk arnab, yang sering dijual sesuka hati sebagai “haiwan peliharaan permulaan” di kedai haiwan – tetapi sebenarnya memerlukan penjagaan yang sama seperti kucing atau anjing, dan boleh hidup 10 tahun atau lebih.

Kredit: Bunny World Foundation/YouTube

Dengan dasar yang telah digubal ini, penasihat haiwan berharap lebih banyak negeri akan mencontohinya dalam memerangi industri pembiakan komersial yang kejam. Beberapa bandar di seluruh negara ini juga dilaporkan telah mula mengharamkan penjualan haiwan sebegini di kedai-kedai haiwan.

Pada tahun 2020, Maryland juga menetapkan untuk mengharamkan jualan anjing dan kucing di kedai haiwan.


Kredit: Dodo Impact/Facebook

“Pada tahun 2019, Persatuan Humane Amerika Syarikat akan bekerjasama rapat dengan beberapa badan perundangan negeri untuk membuat langkah yang sama,” kata Block. “Undang-undang California hanya permulaan!”

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds