Apabila ribut salji melanda, ramai orang yang akan terkandas dan segala aktiviti akan tergendala. Semua orang akan dinasihatkan untuk berada di dalam rumah dan berada dalam keadaan berjaga-jaga. Tetapi bagi sesetengah haiwan seperti yang berada di zoo, ia merupakan satu peluang untuk berseronok bagi melakukan aktiviti luar selepas ribut salji mulai reda.

Seperti juga manusia yang akan berseronok selepas ribut salji melanda, begitu juga perasaan yang mahu dirasai oleh haiwan-haiwan ini seperti yang berlaku di Zoo Oregon, Amerika Syarikat.

Kredit : The Oregonian / YouTube

Oleh kerana ribut salji melanda Oregon, kebanyakan tempat telah diliputi sajli yang tebal dan kebanyakan premis telah ditutup untuk beberapa hari termasuk Zoo Oregon.

Apabila Zoo Oregon ditutup, para pengunjung berasa tidak gembira kerana tidak dapat melihat haiwan kegemaran mereka. Akan tetapi, kesemua haiwan di zoo itu sebenarnya amat gembira kerana mereka kini akhirnya mendapat peluang untuk bermain dengan bebas tanpa gangguan para pengunjung.

Kredit : The Oregonian / YouTube

Jika hari-hari zoo ditutup kerana ribut salji pun tidak mengapa kerana Nora si beruang kutub boleh keluar dan berguling-guling bermain salji seberapa banyak kali yang boleh tanpa perlu berasa malu kerana dilihat pengunjung.

Kredit : The Oregonian / YouTube

Memerang dan anjing laut pula membuat keputusan untuk menghabiskan masa terluang, rehat dan cuti yang ada dengan melompat-lompat dan berenang-renang di dalam air sambil berguling-guling di atas salji yang tebal. Seronok sungguh!

Kredit : The Oregonian / YouTube

Anak gajah juga tidak ketinggalan apabila dia mendengar suasana di luar yang senyap dan sunyi kerana tiada pengunjung yang datang dan melihat salji tebal pula yang turun menutupi tempatnya bermain.

Kredit : The Oregonian / YouTube

Dan anak gajah ini berasa sangat seronok dan gembira bermain salji dengan belalainya sambil dia sendiri berlari-lari dan membuat bising di atas salji yang tebal itu. Jika ada pengunjung, sudah pasti dia menjadi pendiam dan pemalu.

Kredit : The Oregonian / YouTube

Jikalau setiap hari zoo ditutup kerana ribut salji, berseronok sakan agaknya kesemua haiwan ini.

Lihat video di bawah.

Kredit : The Oregonian / YouTube

Sumber : HappiestThe Oregonian / YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds