Semalam, 4 Januari, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa harga diesel, RON95, dan RON97 akan turun bermula tengah malam semalam.

Menurut Free Malaysia Today, harga bahan api untuk minggu 5 hingga 11 Januari adalah seperti yang berikut:

  • RM 1.93 / liter untuk RON95,
  • RM 2.23 / liter untuk RON97, dan
  • RM 2.04 / liter untuk diesel.

Harga baru ini menyaksikan penurunan antara RM 0.14 dan RM 0.27 daripada harga semasa.

Kredit: Malaysiakini

Di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel akan kembali ke harga apungan mingguan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu hingga Jumaat.

“Perlu ditegaskan bahawa harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari 2019,” tegas Guan Eng menurut laporan Awani.

Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia/Facebook

Lim menambah bahawa keputusan Kabinet ini mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan margin pengendali stesen minyak 2.81 sen kepada 15 sen / liter untuk RON95 dan tambahan 3 sen kepada 10 sen / liter bagi produk diesel, lapor Astro Awani.

Sumber: SAYS, The Malaysian Insight, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds