Anak panda merupakan antara anak haiwan yang paling comel, bukan? Mereka seperti patung besar yang seronok dipeluk! Selain itu juga, anak panda mempunyai personaliti menarik dan sangat suka bermain. Seperti anak panda yang kami kongsikan menerusi video di bawah ini, di mana anak panda itu sangat suka bermain dengan bola kesayangannya lalu meragam dalam versi yang comel ketika penjaga ingin mengambil bola berkenaan.

Sama seperti kanak-kanak, anak haiwan juga gemar bermain kerana ia berupaya mendidik mereka kemahiran penting seperti interaksi sosial, berkongsi, selain membina kemahiran hidup yang berguna. Tetapi, nampak gayanya anak panda ini enggan berkongsi bola tersebut dengan sesiapa.

Rakaman video ini dikongsi oleh sebuah zoo di Amerika Syarikat, iaitu Zoo San Diego, yang menunjukkan bahawa seekor anak panda sangat seronok bermain bola dengan penjaganya. Anak panda berkenaan bernama Xiao Liwu telah diberikan bola sewaktu ujian ke-18 nya di mana ia dijalankan bagi menguji koordinasi selain menggalakkannya bermain dengan objek.

Semasa ujian dilaksanakan, anak-anak panda akan diberikan beberapa objek untuk bermain bagi mendorong mereka mempelajari perkara di persekitaran mereka. Xiao Liwu telah diberikan dua bola, sedikit buluh dan dahan daripada pokok.

Walau bagaimanapun, Xiao Liwu sebelum ini telah pun melihat buluh dan dahan tersebut tetapi bola merupakan objek baru baginya. Anak panda berkenaan ternyata begitu sukakan bola sehinggakan panda itu tidak lagi mempedulikan perkara lain.

Penjaga cuba untuk mengambil bola tersebut daripadanya namun Xiao terus memeluk dan enggan melepaskan bola tersebut. Reaksi comel Xiao sangat menghiburkan dan ia merupakan perkara comel yang berlaku dalam kehidupan seekor anak panda.

Kredit: San Diego Zoo/Youtube

Sumber: San Diego Zoo/Youtube, Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds