Larangan merokok yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di semua restoran dan kedai makan telah berkuat kuasa penuh bermula 1 Januari.

Larangan ini meliputi semua restoran dan gerai penjaja di Malaysia, termasuk semua restoran berhawa dingin dan terbuka, kedai kopi, penjaja dan gerai jalanan.

Walaupun tiada kawasan merokok yang ditetapkan, perokok dibenarkan untuk merokok sekurang-kurangnya tiga meter (10 kaki) dari kedai makan.

Bagaimanapun, larangan merokok ini masih belum berkuat kuasa di Sarawak, sementara menunggu pertemuan dengan pihak berkepentingan pada 9 Januari.

Di Sabah pula, banyak kedai makan secara sukarela telah menguat kuasakan larangan merokok walaupun arahan yang bercanggah daripada kerajaan persekutuan dan negeri, menurut Malay Mail.

Berikut adalah dua cara yang anda boleh guna jika ternampak individu yang merokok di kawasan larangan atau premis makanan tidak memaparkan papan tanda larangan merokok:

#1. Telefon pejabat KKM di talian 03-88924530 (waktu pejabat sahaja).

#2. Menggunakan WhatsApp di talian 010-8608949.

Untuk membuat aduan melalui WhatsApp, anda perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan ini:

  • Nama restoran dan lokasi (alamat)
  • Gambar perokok sedang merokok dalam premis
  • Waktu dan tarikh dirakamkan

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia|Facebook

Di samping itu, orang ramai juga boleh melaporkan aduan premis atau restoran yang tidak meletakkan papan tanda larangan merokok.

Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama dengan merokok di kawasan larangan merokok di premis makanan.

Kredit: BERNAMA

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata saman itu akan dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan memberi amaran secara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.

Sumber: KKMPutrajaya/Twitter, Says, Malay Mail

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds