Ramai di antara kita berfikiran telur ayam itu semuanya sama kerana ia datang daripada ayam. Walau bagaimanapun, anggapan kita itu sebenarnya silap. Pada asasnya, kuning telur itu berwarna kuning. Akan tetapi jika diteliti betul-betul, warna kuning pada kuning telur sebenarnya berlainan jika anda membeli atau mendapatkannya dari beberapa tempat ternakan yang berlainan. Dan warna kuning yang berlainan dapat memberitahu banyak perkara tentang telur ayam itu.

‘The Kitchn’ dalam sebuah artikelnya menekankan warna kuning telur dapat ‘memberi indikasi akan diet seekor ayam’. Jika ayam-ayam di sebuah tempat ternakan memakan lebih diet dengan kandungan berwarna karotenoid kuning-oren atau pigmen yang semula jadi, ia akan mempengaruhi dan menukar warna kuning pada telur ayam itu.

Kredit : NationofChange.org

Artikel itu menambah, dari segi nilai nutrisi pada kuning telur, kuning telur berwarna lebih gelap, dan lebih berwarna seakan oren mempunyai jumlah protein dan lemak yang sama dengan kuning telur yang berwarna lebih cerah.

Namun kajian mendapati, telur-telur ayam dari kawasan ternakan bebas atau daripada ayam yang dibela di kawasan ternak rumput mempunyai kandungan vitamin dan omega-3 lebih tinggi dan kurang kolesterol kerana makanan ayam-ayam ini lebih berkhasiat dan secara semula jadi.

Kredit : bevyh1 / YouTube

Sementara ‘The Broad Ripple Farmers Market’ menambah, “Kebanyakan telur yang mempunyai kuning telur dengan warna kuning cerah didapati dari pasaraya yang mendapat bekalan dari ladang-ladang kilang, yang mana ayam-ayam ternakan hanya diberi makanan berupa bijirin, dan hanya itu sahaja diet mereka.”

“Walaupun ia tidak memudaratkan, warna kuning telur yang berwarna cerah sebenarnya memberi indikasi bahawa kandungan nutrien yang diberi kepada kita sebenarnya lebih kurang dan tidak berapa efektif seperti yang diharapkan.

Kredit : Home Gadgets Daily

Walaupun kebanyakan daripada kita pernah melihat warna kuning telur yang berbeza, tetapi mungkin tidak pernah mengambil peduli tentangnya kerana berfikir tidak banyak perbezaan di antara telur-telur ayam itu. Bagi kebanyakan kita memakan satu telur ayam sama sahaja seperti memakan telur-telur ayam yang lain seperti sebelumnya.

Akan tetapi, terdapat segelintir orang di luar sana yang memilih untuk memakan telur ayam dari kawasan ternakan bebas, ayam belaan ladang ternak rumput atau telur ayam kampung yang mendapat sumber makanan secara semula jadi atau pelbagai pilihan bijirin dengan lebih khasiat dan zat.

Kredit : bevyh1 / YouTube

Ada pengguna yang tidak kisah membayar lebih untuk memilih telur ayam jenis organik atau semula jadi demi untuk mendapatkan kandungan nutrien yang lebih tinggi untuk penjagaan kesihatan. Keputusan memilih telur ayam yang baik terpulang kepada kebijaksanaan anda.

Lihat panduan untuk memastikan telur ayam dengan kandungan nutrien tinggi melalui warna kuning telur dalam video di bawah.

Kredit : bevyh1 / YouTube

Sumber : Elite Readersbevyh1 / YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds