Secara jujurnya, kebanyakan daripada kita sering menggunakan telefon pintar sambil berbaring atau duduk dengan postur yang buruk. Ini sebenarnya tidak baik untuk bahagian belakang kita dan akan menjejaskan tulang belakang jika anda berbaring atau duduk dengan postur yang buruk.

Seorang lelaki berumur 39 tahun dari Jiangsu, China tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas selepas bangun pagi. Berdasarkan laporan oleh TVBS, lelaki bernama Li mempunyai tabiat duduk dengan postur yang buruk di sofanya ketika bermain telefonnya berjam-jam. 

Kredit: Guang Ming daily

Dia sepanjang masa bermain telefonnya dan hanya akan meletakkannya ketika mahu tidur. Pada suatu hari, dia bangun dan terkejut mendapati dia mengalami kesukaran bernafas sehingga dia terpaksa digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor mengatakan bahawa ini disebabkan oleh postur buruknya yang berpanjangan mengakibatkan saraf tunjangnya cedera.

Kredit: ET Today (Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Dia juga mengalami herniated disc di tulang belakangnya dan saraf tulang belakang terbeban kerana postur yang buruk. Doktor yang merawatnya berkata bahawa dia bernasib baik kerana mendapatkan rawatan tepat pada masanya jika tidak Li mungkin akan lumpuh pada masa akan datang.

Kredit: Guang Ming daily

Doktor menasihatkan orang lain untuk mengekalkan postur yang betul ketika menggunakan telefon untuk mengelakkan masalah kesihatan. Beliau berkata orang sering melihat ke bawah sambil bermain telefon dan menundukkan kepala lebih rendah daripada 60 darjah, tekanan antara vertebra serviks akan setara dengan meletakkan 27kg di leher dan tulang belakang mereka.

Doktor mengesyorkan supaya meletakkan telefon di paras mata supaya kepala tidak perlu tunduk begitu rendah dan juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan mod malam atau mengurangkan tahap kecerahan skrin telefon pada waktu malam supaya mata tidak terlalu penat.

Sumber:  Guang Ming daily

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds