Sebut sahaja biskut coklat cip pasti sudah terbayang di ruang mata keenakan dan haruman biskut itu bukan? Ingatkan susah hendak membuatnya, rupa-rupanya mudah sahaja!

Berdasarkan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Aliza Azwan di halaman Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini, caranya membuatnya memang mudah sangat dan yang penting tidak perlu menggunakan mesin pengadun pun!

Jom lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 125 gram unsalted butter
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu vanila
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Coklat cip, badam, kekacang (mengikut selera anda)

Cara-caranya membuatnya:

1. Satukan dan gaul sebati unsalted butter, gula halus dan gula perang menggunakan spatula. Kemudian masukkan telur dan vanila.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama-sama dengan baking soda dan garam ke dalam adunan.
3. Masukkan coklat cip atau badam ke dalam adunan. (mengikut selera anda).
4. Gaul sebati dan bulat-bulatkan doh tersebut sebesar bola golf.
5. Simpan doh yang telah dibulat-bulatkan tersebut di dalam peti sejuk selama 1 jam.
6. Bakar selama 15 hingga 18 minit pada suhu 150 darjah celsius.

Nampak begitu mudah dan menyelerakan bukan? Ayuh, usah tangguh lagi. Dapatkan bahan-bahan dan cubalah resipi yang mudah ini. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook | Aliza Azwan

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds