SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Malaysia dipercayai ditahan di Thailand pada Disember lalu gara-gara memiliki sebuah alat komunikasi walkie-talkie.

Menerusi perkongsian dari isteri mangsa di Instagram, suaminya yang dikenali sebagai Amirul Adib, 22, bekerja sebagai pemandu pelancong di Sadao, Thailand dan itu merupakan pekerjaan pertamanya di luar Malaysia.

Dilaporkan pada 14 Disember lalu, Adib telah membawa pelancong dari Perak untuk melepasi sempadan Thailand di Sadao dan pada ketika itulah pihak polis melakukan sekatan dan menahan Adib kerana memiliki walkie talkie.

Kredit: fy_baharuddi/Instagram

“Adib ingat kes ini kecil boleh selesai. Rupanya kes ini berat. Lagi berat dari bawa pistol. Dia dimasukkan ke penjara pada 15 Disember sehingga kini. Kami nak jamin tidak mampu kerana dendanya berjumlah RM51,000. Harga tinggi kerana Adib bukan warganegara Thailand,” kata isterinya yang mengakui Adib bukan sahaja disaman atas kesalahan membawa walkie-talkie tetapi juga pas pelancong dan permit kenderaan.

Jelas isteri Adib lagi, majikan Adib turut menghulurkan sumbangan dengan memberikan separuh daripada jumlah denda yang perlu diselesaikan untuk menjamin Adib.

“Ketua Adib ada beri duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja tak sampai separuh. Mereka pun tak mampu nak bayar kerana baru membuka perniagaan dua tahun lalu.”

“Saya buntu, macam mana dia di sana? Boleh hidup ke? Tidur bagaimana… Semua tahu Adib tidak salah tetapi mungkin ini dugaan kami dan pasti ada hikmahnya.”

 

View this post on Instagram

 

ADIB MANGSA KEADAAN Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara.Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap2. 14.12 – Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yg bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol. 15.12 – Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana..Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / 51k Malaysia. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand. Adib disaman atas 3 kes :- 1. Walkie Talkie 2. Pas pelancong 3. Permit kenderaan Sepatutnya kes diatas , syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong. Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih.. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh. Kami nak minta jasa baik semua untuk bantu Derma Kilat walaupun Rm 1 itu dah memadai. ( SUMBANGAN DAH MENCUKUPI ) Sesiapa nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp / call :- 019 398 7679 Hanya الله sahaja dapat balas jasa baik semua dan Doa kalian juga dapat meringankan beban kami semua.. Aminn #PrayForAmirulAdib

A post shared by Fy B 💞 (@fy_baharuddin) on

Sumber: Sinar Harian, MyWatch/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds