Masihkah anda ingat lagi kisah Adrian Pearce dari Kanada pada tahun lalu yang berjanji tidak mahu membuka hadiah Hari Natal sehingga ulang tahun ke-50 dia ditinggalkan teman wanita, Vicki Allen? Hatinya berasa terlalu sakit kerana ditinggalkan Vicki yang disayanginya menjelang Hari Natal sehingga dia mencampakkan sahaja hadiah pemberian Vicki di bawah pokok Krismas tanpa mahu membukanya saban tahun selama 47 tahun. Dan dia mahu menunggu lagi sehingga ulang tahun yang ke-50.

Syukur kini, Adrian Pearce tidak perlu menunggu selama dua tahun lagi untuk tujuan itu kerana Vicky Allen telah berjaya dihubungi. Vicki telah membuka hadiah itu dan Adrian sudah pun mengetahui isi kandungan hadiah Hari Natal berusia 47 tahun dalam satu acara amal yang menemukan semula bekas kekasih itu di Edmonton.

Kredit : Adrian Pearce / Facebook

Bagi yang tidak mengetahui kisah Adrian dan Vicki, mereka adalah pasangan kekasih cinta monyet yang dianggap serius oleh satu pihak iaitu Adrian semasa mereka sama-sama menjadi pelajar di Sekolah Menengah George S. Henry di Toronto, Kanada.

Pada Hari Natal tahun 1971, Adrian menerima satu bungkusan hadiah Hari Natal berwarna ungu bersinar lagi gemerlapan pemberian Vicki Allen. Harapan cinta hati Adrian kekal bersamanya sebagai cinta sejati tinggal angan-angan apabila Vicki meninggalkan Adrian kerana bertemu teman lelaki lain selepas dia memberi hadiah Hari Natal itu.

Kredit : Adrian Pearce / Facebook

Vicki Allen mendedahkan mengapa dia meninggalkan Adrian Pearce dengan berkata, “Saya bertemu seorang kawan lelaki semasa sedang membeli-belah hadiah Adrian, dan dia mencium saya secara tiba-tiba, rasanya boleh tahan dan saya menciumnya kembali lalu kami menjadi pasangan. Saya tahu lambat laun Adrian akan tahu saya ini curang, jadi saya memutuskan hubungan dengannya.”

Vicki menambah, “Perhubungan itu hanya cinta monyet remaja. Kami masih berada di sekolah menengah. Saya tidak tahu pula perasaan Adrian begitu mendalam.”

Kredit : Adrian Pearce /Facebook

Vicki juga berasa terkejut apabila mendengar kisah Adrian memendam perasaan dan dendam terhadapnya dengan menyimpan hadiah itu selepas lebih 47 tahun tanpa mahu mengetahui isi kandungannya.

Akhirnya, selepas kedua-dua bekas kekasih ini berhubungan, Adrian dan isterinya selama 40 tahun, Janet telah dijemput untuk menemui Vicki yang kini tinggal di British Colombia.

Kredit : Global News

Dalam satu acara amal anjuran Biro Krismas Edmonton, Vicki telah membuka hadiah tersebut bagi pihak Adrian. Hadiah Hari Natal yang merupakan sebuah buku kecil puisi cinta dengan tajuk, “Love Is : New Ways To Spot That Certain Feeling” dengan gambar muka depan berupa lakaran kartun comel dengan tanda-tanda cinta.

Ironi memberi hadiah yang sangat melampau, dengan perasaan cinta kacau-bilau seorang gadis remaja naif berusia 15 tahun pada waktu itu. Vicki kemudian berkata, “Saya tidak ingat membeli dan membalut hadiah ini. Rasa sangat bersalah dengan pilihan yang dibuat, dengan perasaan saya ini yang sangat cuai.”

 

Kredit : Amazon.com

Adrian pula berkata, “Saya telah lama meninggalkan perasaan terhadap Vicki dan melupakannya selepas bahagia berkahwin dengan Janet selama 40 tahun. Kini kami hanya menjadi kawan baik, dan tajuk buku itu amat bertepatan dengan masa kami pada hari ini.”

Bekas pasangan kekasih hati zaman sekolah itu telah bekerjasama bersama isteri Adrian, Janet dengan menulis kembali kisah cinta singkat mereka di dalam sebuah buku bertajuk ‘The 47 Year Old Present’.

Kredit : Adrian Pearce/Facebook

Kini segala misteri tentang isi kandungan hadiah itu telah terjawab, dan semua orang tidak lagi perlu berteka-teki sehingga ada yang mahu membuat pertandingan, termasuk ahli keluarga Adrian, yang tidak sabar mahu melihat isi kandungan hadiah itu saban tahun. Penantian membuka hadiah Hari Natal yang misteri dan berusia hampir 5 dekad yang telah selesai.

Sumber : Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds