Tiada apa yang bermain di dalam benak fikiran kita jika badak air muncul di dalam kotak minda, selain daripada makhluk bersaiz besar dan sangat ditakuti lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang tinggal berdekatan dengan habitatnya seperti di Afrika.

Lihat sahaja saiznya yang besar, namun badak air berupaya mengejar sesuatu dengan pantas. Mereka secara semula jadinya agak agresif dengan manusia dan akan menyerang jika terasa diancam. Jadi tidak hairanlah badak air merupakan antara haiwan yang berbahaya di dunia.

Namun, lain pula yang berlaku pada seekor badak air betina bernama Jessica di Afrika Selatan. Hal ini kerana Jessica tidak seperti badak air lain yang liar dan ganas, sebaliknya amat menyukai manusia, terutamanya individu yang membesarkannya. Semasa kecil, Jessica mengalami trauma kerana terpisah sejak lahir dengan ibunya ekoran kejadian banjir.

Kredit: Jessica’s Place|Facebook

Jessica pada ketika itu berada di wilayah Limpopo, difahamkan telah dibawa oleh arus air yang deras dan kemudian dijumpai di tebing sebatang sungai oleh pasangan Tonie dan Shirley Joubert. Melihat kepada keadaan Jessica yang letih dan tidak bermaya itu, maka pasangan berkenaan memutuskan untuk membawa pulang Jessica bersama mereka ke rumah.

Jessica ketika diselamatkan oleh pasangan berkenaan

Kredit: Jessica’s Place|Facebook

Pasangan tersebut memberi makanan kepada Jessica berupa kuning telur,krim dan susu lembu, yang didakwa berupaya mengembalikan tenaganya. Di rumah tersebut, Jessica hidup bersama-sama anjing peliharaan keluarga berkenaan. Oleh kerana dibela oleh manusia, maka Jessica membesar menjadi haiwan besar yang baik dan jinak.

Kredit: Jessica’s Place|Facebook

Reputasinya sebagai badak air yang jinak dengan segera menular sehingga menyebabkan Jessica turut berlakon di dalam sebuah filem, Mr. Bones. Selain itu juga, badak air berkenaan turut muncul dalam beberapa siri program televisyen termasuklah National Geographic dan Discovery Channel. Hebat betul Jessica, bukan?

Kredit: Jessica’s Place|Facebook

Kini Jessica sudah berusia 10 tahun dan dewasa menyebabkannya tidak lagi dibesarkan di rumah. Namun, Jessica gemar berinteraksi dengan manusia dan akan melawat keluarga Joubert dengan kerap di rumah. Semasa Jessica melawat ke rumah pasangan tersebut, Jessica akan meminta teh kegemarannya, makan malam di dapur bersama keluarga, dan ingin tidur di anjung rumah bersama anjing. Jangan terkejut pula kerana Jessica turut mempunyai kelab peminatnya sendiri selain laman Facebook yang didedikasikan untuknya.

Waktu minum teh bersama keluarga

Kredit: Jessica’s Place|Facebook

Tonton video comel ini:

Kredit: Animal Planet/Youtube

Sumber: Animal Planet/Youtube, Elite Reader, Jessica’s Place

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds