Menurut statistik, para ibu bapa kini yakin bahawa mereka telah melakukan perkara yang betul dalam membesar dan mendidik anak masing-masing. Namun, ia sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Hal ini kerana, orang dewasa kebiasaannya tidak mampu mengawal emosi dan cenderung untuk menghukum anak mereka lebih daripada selayaknya dan ia sekaligus memberi kesan negatif buat mereka di mana ia akan mencipta ketakutan dan stereotaip yang membuatkan semuanya berasa susah untuk mereka.

Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda saranan pakar yang dapat membantu kita dalam menangani hal anak-anak.

#1. Jangan beri hukuman jika kanak-kanak tidak berniat buruk

 

Lazimnya, kanak-kanak tidak berniat pun untuk membahayakan orang lain, sebaliknya hanya mahu mengetahui sesuatu. Apabila kanak-kanak sedang dalam proses mempelajari sesuatu, ia harus diberi sokongan walaupun ia membawa kepada sesuatu yang buruk. Pada ketika inilah, anda harus menunjukkan simpati dan beritahu cara untuk mereka memperbaiki situasi. Jika kanak-kanak dihukum, mereka berisiko membesar menjadi individu yang tidak tahu menyelesaikan masalah dan tidak bertanggungjawab walaupun berupaya mendengar arahan.

#2. Bezakan saranan dan arahan

Situasi ini dikenali sebagai tindakan stereotaip, di mana ibu bapa sentiasa fikir cara mendidik yang tradisional yang dialami ketika mereka membesar merupakan cara terbaik dalam membesarkan anak-anak. Penggunaan kata ‘mungkin’ dan ‘jangan’ adalah sangat berbeza mengikut konteks masing-masing. Perkataan “Mungkin kamu tidak patut bermain sekarang”, sangan berbeza daripada “Jangan bermain sekarang”. Perkataan pertama merupakan saranan dan diikuti dengan saranan atau cadangan. 

Anda hanya patut menghukum anak anda jika arahan tidak dipatuh. Jika anda menghukum anak anda kerana saranan atau cadangan anda tidak dipatuhi, dan anak anda seorang yang tabah secara emosi, maka ia tidak akan menjadi masalah bagi mereka. Namun jika anak anda seorang yang sensitif, ia akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka.

Apabila anak yang sensitif ini membesar, ia mungkin akan menyebabkan mereka cenderung untuk mematuhi segala keperluan semua orang yang mereka hormat, kerana mereka takut akan kesannya.

#3. Mengawal emosi ketika memberi hukuman

Jika anak anda tidak patuh akan anda, rata-rata ibu bapa akan berasa marah dan tidak mampu mengawal emosi. Ia berlaku kerana jangkaan yang tinggi terhadap anak-anak. Dan jika jangkaan itu tidak berlaku seperti yang dirancang, maka ibu bapa akan berasa kurang puas hati. Oleh itu anak mereka kelak akan membesar dengan tekanan dan akan menghadapi masalah ekoran terlalu bergantung pada mereka yang mempunyai status sosial yang tinggi.

#4. Hukuman di khalayak ramai tidak boleh diterima

Hukuman di khalayak ramai membuatkan kanak-kanak berasa malu dan marah. Para ahli psikologi juga tidak menyarankan ibu bapa menggunakan ayat seperti ‘Apa yang orang lain akan fikir?’. Sama juga seperti kanak-kanak yang dipuji dan diberi ganjaran di khalayak ramai – mereka akan berlagak dan sombong. Kanak-kanak yang dihukum di hadapan orang akan sentiasa berasa diri dihina dan kelak membesar menjadi seseorang yang bergantung pada pendapat majoriti dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

#5. Jika anda sudah memberi amaran untuk menghukum, anda harus melakukannya

Jika seorang dewasa mengugut mahu menghukum kanak-kanak, maka ia perlu dilakukan. Hal ini kerana menurut ahli psikologi kanak-kanak, jika tidak dilaksanakan hukuman itu, keadaan akan menjadi lebih buruk – mereka tidak akan lagi percaya pada kata-kata ibu bapa. Sistem nilai murni mereka juga akan terkesan kerana tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Namun, jika anak anda sudah berubah ketika anda memberikan amaran, maka jangan teruskannya dan anda harus menjelaskan kepadanya akan tingkah laku tersebut adalah tidak normal dan salah.

#6. Jika anda tidak pasti siapa yang bersalah, maka hukum kesemuanya

Lakukannya jika anak-anak anda bergaduh dan jangan pula lakukannya jika anak anda bergaduh dengan anak jiran pula. Jika anak-anak anda bergaduh dan anda hanya menghukum sebelah pihak sahaja, dikhuatiri anak yang dihukum akan membesar menjadi kambing hitam, manakala harga diri sebelah pihak lagi akan bertambah dan berasa bahawa dirinya mempunyai imuniti sepenuhnya. Sudah tentu perkara sebegitu tidak bagus untuk kehidupan mereka sesudah dewasa.

#7. Hanya hukum atas kesalahan kini, dan bukannya kesalahan lampau

Tiga asas yang penting dalam membesarkan anak-anak ialah, ‘hukuman, memaafkan dan melupakan’. Kanak-kanak yang sering dihukum atas kesalahan lama bakal menjadi individu yang lemah dan berasa takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Mereka juga sukar untuk belajar daripada kesilapan (gagal menganalisa kesilapan dan hanya membetulkannya sahaja). Ibu bapa perlu membantu menjelaskan kepada anak mereka perkara yang salah dilakukan mereka, jika anak mereka membuat salah di masa lalu dan jangan menghukum mereka.

#8. Hukuman perlu bersesuaian dengan umur dan hobi anak

Sistem hukuman perlu jelas dan seimbang. Jangan beri hukuman yang sama pada kesalahan berbeza seperti mendapat keputusan yang teruk dengan memecahkan tingkap. Jika kesalahan itu kecil, maka hukuman juga kecil. Jika kesalahan besar, maka berikan hukuman yang serius. Selain itu, ambil kira umur dan minat anak-anak. Jika anak sukakan media sosial, maka hukuman yang sesuai ialah anda harus mengehadkan waktu penggunaannya. Jika anak anda dihukum dengan hukuman yang sama atas kesalahan berbeza, maka mereka tidak berupaya membina sistem moral kerana tidak mampu membezakan kepentingan sesuatu perkara.

#9. Jangan gunakan kata kesat dan kasat

Situasi ini berlaku jika ibu bapa terlalu mengikut emosi dan ramai yang melakukan tanpa menyedarinya. Pakar menyarankan agar ibu bapa gunakan kata-kata yang neutral sahaja. Hal ini kerana kanak-kanak yang sensitif mempunyai isu harga diri yang rendah. Mereka akan mengingati perkataan yang digunakan oleh ibu bapa.

Diilustrasikan oleh Alice Perkmini untuk BrightSide.me

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds