Tidak ramai orang yang ditakdirkan bertembung dengan ular walaupun hanya ular rumput yang tidak berbahaya. Tetapi, pertembungan dengan ular berbisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada mangsa dan dalam sesetengah kes, boleh menyebabkan kematian.

Setiap rantau di dunia ini mempunyai spesies ular berbisanya yang tersendiri. Oleh itu, dalam entri ini kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang cara untuk membezakan antara ular berbisa dan ular yang tidak berbisa serta langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan sekiranya dipatuk ular yang berbisa.

Kredit: BH Online

Bagaimana caranya untuk mengenal pasti ular berbisa?

Terdapat banyak spesies ular yang berbisa di dunia yang mungkin mempunyai perbezaan. Walau bagaimanapun, secara umumnya, ahli herpetologi menerangkan bahawa terdapat beberapa perbezaan ular berbisa dengan ular yang tidak berbisa yang perlu anda ketahui:

1. Mata

Ular yang tidak berbisa mempunyai anak mata berbentuk bulat manakala ular yang berbisa mempunyai anak mata berbentuk menegak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian: mamba hitam (Afrika), kobra (Afrika, Timur Tengah, Asia) dan ular taipan (Australia) mempunyai anak mata berbentuk bulat tetapi ular-ular ini tergolong dalam kategori ular yang berbisa.

Adalah menarik untuk diketahui bahawa terdapatnya beberapa ular tidak berbisa yang boleh menukar bentuk anak mata mereka apabila berada dalam keadaan terancam. Misalnya, ular mock boleh melakukan perubahan ini.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

2. Ular berbisa biasanya mempunyai lubang sensitif panas antara mata dan lubang hidungnya untuk mencari mangsa berdarah panas.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

3. Kebanyakan ular berbisa mempunyai kepala berbentuk segi tiga yang lebih lebar daripada leher mereka. Kepala ular yang tidak berbisa pula biasanya berbentuk bujur.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

4. Ular berbisa biasanya mempunyai satu baris skala sisik pada penghujung ekor mereka manakala ular yang tidak berbisa mempunyai garis sisik yang kelihatan terpisah dengan 2 baris skala pada penghujung ekor mereka.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

5. Ular berbisa lazimnya mempunyai warna-warna yang cerah dan boleh mendesis, menggetarkan ekor atau bersikap agresif. Pengecualian adalah pada ular scarlet king dan ular susu.

6. Ular berbisa dengan ular rumput kelihatan seperti ular yang sama tetapi anda boleh membezakannya dengan tanda-tanda berikut: ular rumput mempunyai kolar kuning di lehernya sementara ular yang berbisa mempunyai corak berliku (zigzag) yang gelap pada kulitnya.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

7. Jika ular mempunyai corak berbentuk berlian pada kulitnya atau mempunyai 3 warna, lazimnya ular ini berbisa.

8. Ular air yang beracun berenang dengan seluruh tubuhnya kelihatan di permukaan air manakala ular yang tidak berbisa berenang di bawah air dan tidak akan kelihatan di permukaan air.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

Langkah berjaga-jaga

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

Semasa berada di kawasan luar bandar, anda harus ingat bahawa ular boleh berada di mana-mana dan anda harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang berikut:

  • Potong rumput yang sudah tinggi di halaman anda dan buang ranting-ranting yang jatuh – ular biasanya suka bersembunyi di sini.
  • Kurangkan jumlah tikus di sekitar rumah anda, kerana kehadiran tikus akan menarik kedatangan ular.
  • Sembur larutan ammonia di bahagian halaman anda. Ular tidak suka akan baunya dan bahan ammonia ini juga tidak berbahaya kepada mereka.
  • Pakai kasut tertutup semasa berjalan di dalam hutan.
  • Pendaki gunung cenderung untuk dipatuk oleh ular kerana ular suka bersembunyi di celah batu. Anda harus mengelakkan permukaan sedemikian dan sentiasa menjaga pergerakan tangan anda.
  • Ular mungkin tidak pernah menyerang terlebih dahulu. Mereka hanya melakukannya jika berasa terancam. Tetapi ular cenderung untuk menjadi lebih agresif semasa tempoh mengawan antara bulan Jun dan Julai. Ular yang dalam keadaan terancam akan menyuntik lebih banyak racun.
  • Apabila berjalan di alam liar, terutamanya di kawasan yang basah dan lembab, cuba elakkan daripada kawasan yang mempunyai rumput yang lebat dan tinggi, atau sekurang-kurangnya anda boleh membuat bunyi bising terlebih dahulu dengan membuat gerakan mencantas rumput dengan menggunakan ranting atau kayu.
  • Jika anda berkhemah untuk bermalam, tutup sebarang sumber cahaya kerana cahaya hanya akan menarik kedatangan ular. Dan jangan lupa untuk mengibas pakaian anda pada waktu pagi kerana bau manusia juga akan menarik perhatian ular.
  • Jangan mengintip atau mengikut ular kerana rasa ingin tahu. Anda boleh menyebabkan ular itu berasa terancam dan seterusnya menyerang anda.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

Apa yang perlu dilakukan jika telah dipatuk ular?

Jika anda telah dipatuk ular, anda perlu mematuhi peraturan ini untuk menyelamatkan kesihatan anda.

Berikut adalah beberapa gejala yang boleh terjadi selepas manusia dipatuk oleh ular berbisa:

  • Periksa corak gigitan. 2 baris tusukan yang mempunyai jarak yang berdekatan menunjukkan bahawa ular tersebut mempunyai taring dan berbisa.
  • Patukan itu menyakitkan, kulit di sekitar gigitan menjadi bengkak dan pucat.
  • Anda akan mengalami kesukaran bernafas, loya, tekanan darah tinggi, lemah otot dan/atau demam.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

Racun ular mempunyai kesan yang berbeza pada manusia. Walau bagaimanapun, jika anda telah dipatuk oleh ular biasa, mungkin tidak akan membawa maut jika anda adalah orang dewasa tetapi anda tetap perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta. Ancaman terbesar dari patukan ular biasanya dikaitkan dengan reaksi alergi terhadap racun. Oleh sebab itulah, ubat antihistamin sangat penting dalam peti kecemasan anda.

Sebelum ambulans tiba atau anda tiba di hospital, lakukan perkara yang berikut:

  • Periksa kulit anda. Jika terdapat racun di bahagian luar luka, buangkan racun itu dengan teliti untuk mengelakkannya dari masuk ke dalam kulit yang terluka.
  • Minum banyak cecair seperti air, teh atau sup untuk mengeluarkan toksin dari badan.
  • Kekal tenang dan jangan bergerak untuk mengelakkan racun dari merebak ke dalam badan kerana semakin laju degupan jantung anda, semakin cepat racun akan merebak di dalam tubuh anda.
  • Pastikan anggota badan yang dipatuk tidak bergerak.
  • Ambil antihistamin. Selain itu anda juga boleh mengambil sedatif dan ubat jantung.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

Anda TIDAK BOLEH melakukan perkara yang berikut:

  • Potong bahagian luka untuk mengeluarkan racun.
  • Menyapu tourniquet.
  • Menyapu krim pada bahagian yang dipatuk ular.
  • Minum alkohol atau kopi.

Kredit: Leonid Khan/BrightSide.me

Terdapat pendapat yang berbeza sama ada kita sepatutnya menyedut keluar racun atau tidak. Sedutan racun hanya boleh dilakukan dalam masa 15 minit pertama selepas anda dipatuk ular tetapi orang yang tidak terlatih tidak akan mampu melakukannya dengan betul.

Walau bagaimanapun, sesetengah pakar percaya bahawa tindakan sedemikian boleh membuang sehingga 50% racun dalam tubuh mangsa. Sedutan racun tidak berbahaya bagi seseorang yang memberi bantuan walaupun mereka mempunyai luka kecil di dalam mulut.

Jika ular itu mati, anda boleh dengan berhati-hati (tanpa menyentuhnya dengan tangan tanpa alas) memasukkannya ke dalam beg plastik dan menghantarnya untuk kajian.

Kami harap anda mendapat sedikit tambahan ilmu menerusi entri ini.

Sumber: BrightSide.me

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds