AUSTRALIA – Seorang wanita bertindak membantu memberi minum kepada seekor koala yang kehausan ketika sedang melalui kawasan di Victoria.

Difahamkan bahawa kawasan tersebut dilanda gelombang haba di mana suhu mencatatkan sehingga 44 darjah Celsius. Wanita yang baik hati berkenaan, Chantelle Lowrie, perasan akan seekor koala yang sedang duduk di tepi jalan di tepi sungai Murray, Utara Strathmerton.

“Saya memang agak koala itu perlukan air untuk minum,” jelasnya. Dia kemudian mendekati koala tersebut namun koala itu mula memanjat sebuah pokok. Tetapi sejurus sahaja Chantelle memberinya air daripada botol, koala berkenaan berhenti memanjat. Koala itu minum kira-kira selama 25 saat sebelum memanjat kembali pokok berkenaan.

Kejadian ini mengimbau kembali tindakan seorang anggota bomba memberi minum seekor koala yang diberi nama Sam ketika kebakaran hutan di Victoria pada Januari 2009. Foto bomba berkenaan, David Tree, yang menunjukkan sifat keperimanusiaan kemudian mendapat perhatian masyarakat dunia yang begitu mengagumi tindakannya itu.

David ketika memberi minum Sam ketika kebakaran hutan berlaku di Gippsland pada penghujung bulan Januari 2009

Kredit: Reuters

Terdapat juga rakaman koala diberi minum daripada botol apabila satu kebakaran hutan berlaku di Adelaide Hills pada tahun 2015. Menurut Pentadbiran Meteorologikal Australia, banyak bandar di negara berkenaan mencatatkan suhu tertinggi pada bulan Disember sementara pemantauan akan dibuat secara kerap oleh Jabatan Kecemasan bagi mengawasi kebakaran hutan.

Berikut merupakan rakaman video Chantelle memberikan air minuman pada koala semasa gelombang haba melanda Victoria.

Kredit: Chantelle Lowrie/Facebook

Sumber: Chantelle Lowrie/Facebook, ABC News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds