Polis jarang berhadapan dengan perkara yang comel, tetapi anggota Boulder County Sheriff yang bertuah ini telah menemui sesuatu yang tidak pernah dijangkanya. Seekor burung hantu kecil yang sangat comel ditemui berada betul-betul di tengah jalan.

Anggota polis yang sedang memandu di jalan pergunungan berhampiran bandar kecil Nederland, Colorado apabila kedua-dua rakan setugasnya dan anggota polis tersebut melihat ‘bebola gebu’ yang kecil berada di trek mereka.

Kredit: Boulder County BOCC|YouTube

Semasa menjalankan rondaan, mereka tidak menjangkakan bahawa ‘bebola gebu’ yang mereka lihat di tengah jalan tersebut sebenarnya seekor burung hantu.

Ingin tahu apa yang menghalang jalan mereka, dia turun daripada kereta dan melihat bahawa ‘bebola gebu’ tersebut sebenarnya adalah seekor burung hantu yang comel! Burung hantu itu kelihatan seperti sesat dan sedang mencari jalan.

Kredit: Boulder County Sheriff|Twitter

Anggota polis tersebut menghampiri burung hantu yang comel itu dan menyapa burung comel tersebut. “Hi. What’s up?” Kata anggota polis kepada burung hantu.

Walaupun liar, burung hantu tersebut kelihatan tidak takut dan jinak apabila dihampiri, seperti mahu memberitahu sesuatu kepada anggota polis tersebut. Burung hantu tersebut memandang tepat di mata anggota polis tersebut!

Kredit: Boulder County Sheriff|Twitter

Anggota polis itu mengatakan bahawa pertemuan comel itu berlaku di kawasan Perkhemahan Rainbow Lake, beberapa batu di barat laut Nederland. Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan lokasi sebenar pertemuan itu untuk melindungi habitat burung hantu itu.

Menurut kenyatan di Twitter Boulder County Sheriff, burung hantu itu dikatakan telah terbang dengan selamat selepas pertemuan yang comel itu.

Kredit: Boulder County/Youtube

Sumber: Boulder County/Youtube, Boulder County Sheriff/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds