Satu asteroid gergasi dijangka akan bergerak di angkasa lepas pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi dengan membuat ‘Perjalanan Mendekati Bumi’ pada hari Jumaat, 4 Januari 2019. Demikian amaran yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).

Saintis NASA membuat jangkaan Asteroid 2014 AD16 akan melintasi jarak yang paling hampir iaitu di planet bumi pada awal pagi Jumaat jam 1.30 pagi. Ini merupakan pertama kali asteroid menghampiri bumi dalam tempoh lima tahun. NASA telah memantau perjalanan asteroid ini sejak ia melintasi bumi pada 29 Mei, 2014.

Kredit : Getty Images / Gambar Hiasan

Saintis NASA membuat perkiraan Asteroid 2014 AD16 mempunyai diameter dengan anggaran antara 8.8 meter hingga 20 meter.

Ia merupakan saiz yang sama dengan objek ‘meteor Chelyabinsk’ yang telah menghentam atmosfera bumi dan serpihannya menjunam di Chelyabinsk, Rusia pada tahun 2013. Insiden letupan meteor di udara ini telah melepaskan gelombang kejutan yang menyebabkan lebih 7,000 buah bangunan rosak di enam bandar dan mencederakan ribuan mangsa akibat terkena serpihan cermin bangunan yang pecah.

Ancaman asteroid amat sukar dikesan, sehingga pada ketika ia mula memasuki atmosfera bumi, memberi amaran kepada manusia akan bahaya yang mengintai dari angkasa.

Kredit : Getty Images / Gambar Hiasan

Sehingga kini, para saintis di NASA menganggarkan terdapat sekitar 10 juta objek yang mereka gelar “near-Earth objects” atau ‘NEOs’ yang sedang berlegar-legar pada kedudukan paling dekat dengan bumi. Ada di antaranya sebesar dengan diameter 20 meter.

Laporan NASA memetik, “Walaupun NEOs itu hanya bersaiz kecil sekali pun dan menghentam bumi, ia boleh meninggalkan impak memusnah. Kekuatan asteroid dengan anggaran 20 meter pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia adalah 20 hingga 30 kali ganda dengan kekuatan tenaga melebihi letupan bom atom pertama.”

Walau bagaimanapun, NASA menyatakan risiko Asteroid 2014 AD16 adalah sangat rendah untuk memasuki orbit dan atmosfera bumi. Pada jarak terdekat dengan bumi, Asteroid 2014 AD16 sebenarnya berada pada kedudukan 0.03297 astronomical units (au), yang mana 1 au adalah bersamaan dengan 149.6 juta kilometer iaitu jarak antara bumi dan matahari.

Kredit : Getty Images / Gambar Hiasan

Dalam kiraan kilometer, Asteroid 2014 AD16 sebenarnya akan melintasi bumi pada jarak 4.9 juta kilometer atau kira-kira 12.83 kali ganda jauhnya antara jarak bumi dan bulan.

Namun begitu, mengikut kiraan jarak melebihi jutaan kilometer dalam konteks perkiraan manusia, ia mungkin sangat jauh. Tetapi dalam konteks perkiraan angkasa lepas, hakikat sebenar menunjukkan bumi mempunyai risiko yang sangat dekat dengan ancaman asteroid dan impak hentaman walaupun dengan asteroid yang kecil amat memberi kesan dan berbahaya kepada manusia yang berada di bumi.

‘Perjalanan Mendekati Bumi’ bagi asteroid yang seterusnya dijangka berlaku lagi dalam masa enam bulan iaitu pada 4 Jun 2019.

Sumber : Express UK

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds