SINGAPURA – Seorang wanita warga tempatan berusia 70 tahun memutuskan untuk bekerja di restoran makanan segera popular, McDonald’s sehingga umurnya mencecah 90 tahun, sekaligus menjadikannya pekerja tertua yang bekerja di restoran terbabit.

Difahamkan bahawa dia memulakan kerja di McDonald’s pada tahun 1988 sehinggalah dia jatuh sakit dan tahap kesihatannya semakin lemah.

Bosan duduk sahaja di rumah, menyebabkan nenek tersebut membuat keputusan untuk bekerja, di mana keputusannya sangat mengejutkan buat ahli keluarga, terutamanya anak-anak dan cucu yang sangat menyayanginya.

Anak kepada wanita terbabit, Tan, berkata bahawa keluarga mereka sebenarnya mahu ibu mereka duduk sahaja dan menikmati kehidupan di rumah. Namun, wanita yang dikenali sebagai Goh berkenaan berasa terlalu bosan dan beranggapan bahawa dia dapat berkawan dan berinteraksi dengan rakan di McDonald’s.

Ia merupakan pekerjaan pertama selepas beberapa dekad Goh menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia juga merupakan penolong kepada pihak British pada sekitar tahun 50 dan 60-an, “Ibu sangat menghargai kebolehannya untuk bekerja dengan sendiri dan tidak meminta wang daripada kami semua,” jelas Tan.

Tambahnya lagi, Goh juga memiliki dan menyimpan beberapa sijil dan ganjaran yang diperolehinya ketika bekerja dengan sangat cermat seperti itu merupakan hartanya.

Ketika temubual bersama Straits Times pada dua tahun lalu, Goh berkata dia tidak mempunyai kesukaran untuk mempelajari kemahiran baru, selain cepat menyesuaikan diri ketika membuat penyediaan menu.

Menurutnya lagi, rakan sekerjanya akan membantunya jika mereka melihatnya mengangkat beban yang berat atau tidak mampu menyediakan pesanan yang banyak. Kisah kegigihan Goh ternyata mendapat perhatian daripada dalam dan luar negara. Walaupun lebih tua daripada pekerja lain, namun dirinya sering kali dipuji kerana prestasi kerja yang memuaskan.

Sedihnya, Goh telah didiagnos dengan penyakit barah usus tahap 3 dan telah meninggal dunia pada 22 Januari 2018.

Walaupun telah didiagnos dengan penyakit berkenaan, namun mendiang memutuskan untuk mengurangkan jumlah hari bekerja daripada 5 hari seminggu kepada hari minggu sahaja selama 3 jam, dan berhenti kerja pada bulan Oktober tahun 2017.

Menurut doktor, mendiang sudah berusia dan peluangnya untuk sihat adalah tipis, jadi mendiang membuat keputusan untuk tidak menjalani rawatan kemoterapi pada 4 Januari 2018. Mendiang kemudian meninggalkan 3 orang anak, 9 orang cucu dan 13 orang cicit.

Ternyata mendiang membuktikan bahawa faktor umu bukanlah penghalang untuk individu mengejar apa yang terbaik untuk diri masing-masing. Walaupun mendiang kini tidak lagi bersama kita, tetapi kegigihannya dapat dijadikan inspirasi buat kita semua.

Sumber: Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds