Kemeriahan sambutan tahun baru semakin diserikan lagi dengan berita pernikahan pelakon berbakat Elfira Loy pada 01.01.2019. Elfira kini sah menjadi isteri kepada Faris Khairol Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk dengan sekali lafaz.

Kredit: INSTAGRAM | elfiraloy

Elfira dinikahkan oleh ayahnya sendiri Ahmad Sabri Ariffin dalam majlis tertutup yang berlangsung di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Kredit: INSTAGRAM | sariyanti

Keayuan Elfira semakin terserlah dalam busana pengantin serba putih rekaan pereka kegemarannya Rizman Ruzaini.

Kredit:  INSTAGRAM | rizmanruzaini

Selepas selamat diijabkabulkan Elfira sempat memuat naik sekeping gambar pernikahannya di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda syukur atas pernikahan itu. Ramai rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah kepada aktres itu.

Kredit: INSTAGRAM | rizmanruzaini

Difahamkan pasangan ini bakal melangsungkan 5 majlis resepsi sepanjang bulan Januari bermula minggu ini. Tidak sabar rasanya untuk melihat majlis tersebut yang bakal menjadi ‘wedding of the year’! Tahniah dari kami kepada Elfira dan suami, semoga bahagia hingga akhir hayat!

Sumber: ERA , GEMPAK , BH ONLINE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds