Kura-kura mempunyai jangka hayat yang lama dan sangat pintar. Kura-kura juga merupakan antara haiwan peliharaan yang disukai oleh ramai orang.

Disebabkan pergerakan kura-kura yang perlahan, jarang ada yang suka untuk membawa mereka keluar berjalan.

Penduduk Tokyo heboh apabila melihat seorang datuk berjalan sambil diiringi oleh kura-kura. Melihatkan bentuk badan kura-kura, mereka mungkin sudah lama hidup bersama. Kura-kura tersebut berjalan begitu rapat dengan tuannya.

Dua puluh tahun lalu, datuk tersebut membeli kura-kura dari pasar raya. Pada masa itu, saiznya hanya 5 sentimeter. Kura-kura itu telah dijaga sehingga kini. Sekarang beratnya telah mencecah 70 kilogram dan diameter cangkerangnya ialah 75 sentimeter.

Kura-kura ini dikenali sebagai african spurred tortoise yang kebanyakannya dibiakkan di bahagian selatan Gurun Sahara.

Ramai orang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar apabila melihat mereka.

Datuk ini turut memakaikan pakaian comel pada kura-kura tersebut.

Datuk itu juga akan membawa beg di tangannya yang mengandungi makanan untuk kura-kura. Dalam perjalanan, dia akan memberi makan sayur-sayuran kepada kura-kura.

Ramai orang telah mengambil gambar bersama mereka dan ada juga kanak-kanak yang duduk di belakang kura-kura. Satu pemandangan yang sangat harmoni bukan?

Semoga datuk ini akan hidup lebih lama bersama-sama kura-kura. Mungkin datuk ini adalah pemilik haiwan peliharaan yang paling sabar di dunia kerana baginya berjalan dengan kura-kura bukanlah satu beban.

Mereka telah hidup bersama selama bertahun-tahun dan menjadi kawan yang terbaik antara satu sama lain. Inilah perkara yang sangat menggembirakan untuk dinikmati bersama-sama.

Kredit: Strange Happenings/Youtube

Sumber: HAPPY SHARE , SORANEWS24Strange Happenings/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds