Setiap kali penghujung tahun, pasti ramai penyimpan dan pelabur Amanah Saham Bumiputera atau singkatannya ASB, tertunggu-tunggu masa untuk mendapatkan semula hasil setelah melabur sepanjang tahun.

Tetapi, tahukah anda, kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi menunggu di kaunter untuk menyemak baki dalam akaun ASB?

Dengan pendaftaran mudah dalam MyASNB, anda kini boleh membuat semakan secara dalam talian pada bila-bila masa sahaja. Mudah sekali!

Mari ketahui langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendaftar MyASNB di laman sesawang www.myasnb.com.my

Kredit: Sirap Limau

1. Daftar atau kemaskini nombor telefon bimbit

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit terkini anda di cawangan ASNB atau ejen.

Langkah ini penting bagi memastikan nombor sekuriti atau TAC dihantar kepada anda.

2. Layari laman web MyASNB

Kredit: MyASNB

Langkah kedua yang perlu dilakukan adalah untuk melayari www.myasnb.com.my dan seterusnya klik di bahagian ‘Daftar di sini’.

Baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan ‘Setuju’ untuk meneruskan proses pendaftaran.

3. Isi maklumat

Kredit: MyASNB

Langkah yang ketiga adalah isikan maklumat asas yang diminta seperti di dalam paparan.

4. Dapatkan nombor TAC untuk pengesahan

Kredit: MyASNB

Setelah selesai mengisi maklumat, semak nombor telefon yang tertera dan klik bahagian ‘Permintaan TAC’.

Dalam masa yang singkat, kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda dan masukkan nombor tersebut untuk proses yang seterusnya.

5.Daftar akaun

Kredit: MyASNB

Langkah seterusnya adalah isikan maklumat untuk akaun dalam talian anda seperti nama pengguna (username), kata laluan serta beberapa soalan keselamatan.

6. Simpan kata laluan sementara

Kredit: MyASNB

Selepas semua maklumat diisi dengan lengkap, anda akan diberi kata laluan sementara untuk digunakan ketika log masuk kali pertama.

Gunakan kata laluan ini satu kali sahaja semasa proses log masuk kali pertama. Selepas anda berjaya  log masuk, sila tukarkan kata laluan anda kepada kata laluan yang dicipta sendiri.

Setelah selesai melakukan semua langkah ini, kini anda sudahpun mempunyai akaun MyASNB secara dalam talian dan anda bolehlah menyemak baki dalam akaun anda!

Cara semak baki dan penyata akaun ASB yang telah didaftarkan

1. Log masuk ke MyASNB

Kredit: MyASNB

Pertama sekali, buka laman web www.myasnb.com.my dan klik bahagian ‘Log Masuk’.

2. Masukkan ID

Kredit: MyASNB

Masukkan nama pengguna atau ID yang telah didaftarkan sebelum ini (rujuk langkah nombor 5 di atas).

Jika anda pernah mendaftar dan terlupa ID yang pernah didaftarkan dahulu, sila klik bahagian ‘Lupa ID Pengguna’ dan anda akan dibawa ke pautan untuk mendaftar ID yang baharu.

3. Masukkan kata laluan sementara

Kredit: MyASNB

Sekarang, masukkan kata laluan sementara yang telah diberikan sebelum ini (rujuk langkah nombor 6 di atas).

Kemudian, taipkan frasa keselamatan yang dipaparkan. Semak ejaan, huruf dan nombor yang diberikan agar semuanya sama seperti yang dipaparkan.

4. Kemaskini kata laluan yang baharu

Kredit: MyASNB

Seterusnya, anda bolehlah menukar kata laluan sementara yang diberikan sebelum ini kepada kata laluan yang baharu mengikut pilihan anda sendiri.

Kata laluan yang dipilih boleh mengandungi huruf kecil dan nombor.

5. Kini, anda sudah boleh menyemak baki dan penyata akaun

Seterusnya, anda sudah boleh menyemak baki, penyata ataupun membuat pelaburan tambahan di dalam talian!

Untuk membuat pelaburan tambahan, akaun ASB anda akan dihubungkan kepada akaun bank dalam talian (online banking) anda dan anda boleh memindahkan seberapa jumlah wang yang anda mahukan untuk disimpan di dalam akaun ASB anda.

Menariknya, jika anda telah daftarkan akaun ASB anak anda atas nama anda, maka anda juga boleh membuat urusniaga yang sama untuk akaun anak anda.

Mudah sekali!

Jadi selepas ini, anda tidak perlu lagi mengeluh panjang untuk bersesak-sesak di kaunter hanya untuk menyemak baki akaun ASB. Semuanya kini boleh dilakukan secara dalam talian kecuali pengeluaran wang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: MyASNB

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds