Setiap kali menjelang hari pertama persekolahan pada setiap tahun, kita pastinya ternanti-nanti kisah menarik yang dilakukan oleh para penjaga kanak-kanak demi memastikan anak-anak mereka berasa gembira dan teruja untuk pergi ke sekolah buat pertama kalinya.

Kredit: motifviral/Instagram

Begitu juga dengan tahun ini, pelbagai ragam anak-anak boleh dilihat di laman sosial sementelah perkara sebegini lazimnya menjadi hiburan buat para pengguna media sosial. Misalnya, reaksi di Sekolah Islah Islamic Primary School menjadi tumpuan ramai apabila seorang nenek dirakamkan menemani cucunya yang merupakan murid darjah satu yang baru pertama kali memulakan sesi persekolahan.

Kredit: motifviral/Instagram

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati orang ramai adalah gelagat nenek tersebut yang berpakaian seragam sekolah sedondon dengan cucunya. Memang sangat comel! Dari kasut, warna kain, baju sekolah sehinggalah ke tudung, semuanya mirip sekali.

Nenek ini pastinya seorang nenek yang sangat menyeronokkan!

Kredit: motifviral/Instagram

Tidak cukup dengan berpakaian sedondon, nenek ini turut sama-sama beratur dengan cucunya ketika perhimpunan. Alahai, memang comel sungguh nenek ini!

Kredit: motifviral/Instagram

Kredit: motifviral/Instagram

Mungkin kerana risau dengan cucunya yang baru pertama kali ke sekolah, nenek ini turut menunggu dan menemani cucunya di dalam kelas.

Kredit: motifviral/Instagram

Kredit: motifviral/Instagram

Apa yang pasti, gelagat nenek ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai di sekolah itu, dia malahan telah menceriakan hari netizen di internet!

Sumber: motifviral/Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds