FILIPINA – Seorang vendor yang menjalankan perniagaan menjual ais krim telah menerima ‘kejutan’ yang tidak dijangka daripada lagenda boxing yang juga merupakan seorang senator, Manny Pacquiao. Ia bertitik tolak setelah beliau mendengar kisah sedih tentang vendor berkenaan, menyebabkan beliau menghadiahkannya sejumlah wang tunai, sebuah rumah dan kerja.

Kredit: mannypacquiao|Instagram

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Jen Manilay yang menunjukkan Manny bersama dengan vendore tersebut yang dikenali sebagai Manong Marciano.

Menurut kenyataan Manilay, dia sedang bersama dengan senator itu kemudian memanggil vendor berkenaan kerana Manong sentiasa melalui pejabatnya.

“Saya membeli 10 ais krim dan memberikan 1 kepada senator. Kemudian senator tiba-tiba menyuruh saya memanggil vendor tersebut. Manong terkejut kerana dipanggil oleh Manny Pacquiao,” jelas Manilay.

Pacquiao lantas memberikan wang berjumlah initially handed Marciano 3,000 Philippine peso (RM235), namun setelah beliau tahu lelaki itu menghidapi strok dan mempunyai tiga orang anak yang tidak bersekolah, beliau kemudian menghulurkan wang tambahan berjumlah 30,000 peso (RM2,355).

“Kamu menyewa rumah kah? Minggu delan saya akan beri rumah beserta lot,” kata Manny. Manong mengalirkan air mata kerana sangat tersentuh dengan kemurahan hati Manny. Kini, Manong berupaya untuk membeli ubat selain sedang menunggu pekerjaan yang diberikan oleh senator tersebut.

Ini bermakna dia tidak akan bersusah payah untuk menjual ais krim lagi. Menurut Manilay, dia akan diberikan kerja di Goldenstate (sebuah kolej tempatan di General Santos, South Cotabato, kampung halaman Manny).

Bekas juara dunia, yang kalah kepada Jeff Horn dalam pertarungan terakhirnya pada tahun 2017, akan bertanding dengan juara welterweight WBA, Lucas Matthysse di Kuala Lampur, Malaysia pada bulan Julai kelak.

Sumber: Jen Manilay/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds