Bermula 1 Januari, kerajaan telah mewartakan semua tempat makan sama ada yang berhawa dingin atau tidak sebagai tempat larangan merokok.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan turut mengenakan syarat kepada perokok yang tetap mahu merokok untuk berada di luar lingkungan 3 meter dari kawasan kedai makan.

Kredit: ViralMeletop/Facebook

Disebabkan oleh hal ini, pada hari ini kita dapat menyaksikan pelbagai adegan yang mencuit hati yang dimuat naik ke laman sosial. Misalnya, terdapat sebuah video yang tular apabila seorang perokok memegang pita pengukur manakala rakannya turut membantunya untuk mengukur jarak 3 meter seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kredit: ViralMeletop/Facebook

Bukan itu sahaja, komentar yang dinyatakan oleh lelaki yang merakam video itu turut menghiburkan netizen. “Kawan-kawan yang nak hisap rokok kena duduk jauh-jauh, ukur! Baru boleh. Tuan kedaipun tak bagi hisap rokok dalam kedai,” katanya.

Kredit: ViralMeletop/Facebook

Larangan merokok di kedai makan ini adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), yang bertujuan untuk melindungi orang awam terutamanya golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds