BATU PAHAT: Penduduk setempat digemparkan dengan kelibat seekor buaya yang kelihatan di Sungai Batu Pahat menerusi satu rakaman video 35 saat.

Dalam rakaman tersebut, seekor buaya berwarna coklat berbelang hitam bersaiz anggaran 3 meter panjang kelihatan berenang merentasi jambatan Sungai Batu Pahat.

Perkara tersebut telah mencetuskan kekecohan serta kebimbangan orang ramai berikutan sungai itu merupakan lokasi memancing. Selain itu, taman rekreasi serta pusat gerai makanan baharu sedang rancak dibina di tebing sungai berkenaan yang dijangka akan mula beropersi menjelang pertengahan tahun ini.

Bercakap mengenai kejadian itu, salah seorang penduduk lama Mustapha Ismail berkata, sudah 30 tahun buaya tidak kelihatan di sungai itu.

“Dulu pada 1970-an dan 1980-an memang ada buaya di Sungai Batu Pahat dan ramai nelayan terserempak dengan buaya tetapi sudah lama tidak muncul.

“Mulai akhir 1980-an kelibat buaya sudah tidak kelihatan lagi di Sungai Batu Pahat, namun kini ia muncul semula.

“Lapan tahun lalu memang ada penduduk menemui anak buaya tembaga di Sungai Simpang Kiri yang terletak tidak jauh dari Sungai Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan dari orang awam walaupun video buaya berkenaan tular sejak tengah hari 01 Januari semalam.

“Sungai memang habitat semula jadi buaya dengan beberapa sungai di sini termasuk Sungai Bindu dan Sungai Parit Sulong terdapat habitat buaya malah anggota bomba pernah ternampak kelibat buaya ketika pemantauan dilakukan tetapi ia sudah lama dulu.

“Bagaimanapun, orang ramai diminta berhati-hati dan tidak mengganggu haiwan berkenaan kerana dia berada di habitatnya,” katanya.

Kredit: Harian Metro/Youtube

Sumber: MY METROHarian Metro/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds