Tidak ada ikatan yang lebih utuh selain daripada ikatan yang istimewa antara seorang anak dengan ibu bapanya. Hal ini kerana ibu bapa pasti akan bekerja keras bagi menyediakan keperluan anak-anaknya selagi mampu. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya pula buat seorang anak untuk membalas jasa dan pengorbanan yang dibuat oleh ibu bapa.

Baru-baru ini, satu rakaman yang menunjukkan seorang bapa yang menangis kerana terharu dengan pemberian kereta baharu oleh anaknya, telah tular di laman Facebook.

Berdasarkan video terbabit, anda dapat lihat bapa itu agak keliru saat dia ternampak sebuah kereta bewarna biru diletakkan di anjung rumahnya. Kemudian, anak lelakinya datang menghampirinya lalu memberikan kunci kereta jenis Perodua Bezza, sebelum memberitahu bapanya bahawa ia merupakan kereta baharu buat bapanya.

Sebelum ini, bapa berkenaan menggunakan kereta jenis Perodua Kelisa bewarna perak yang juga diberikan oleh anak sulungnya. Beruntung pak cik ini bukan?

“Betul ke ni?”, soal bapa sambil mengesat air matanya. Anda dapat lihat betapa dia bersyukur saat dia memeluk mesra anaknya itu. Untuk pengetahuan anda, ibu bapa lelaki itu telah kehilangan anak lelaki ketiga mereka pada 27 Oktober lalu sejurus selepas mereka pulang daripada mengerjakan haji di Mekah.

Pengguna media sosial juga turut tersentuh dan meninggalkan komen bahawa mereka juga sangat tersentuh melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak terhadap orang tua.

“Dia bertuah kerana memiliki anak-anak yang baik”, kata seorang netizen. “Inilah perkara baik yang sepatutnya tular, bukan kisah-kisah yang merepek”, tambah seorang lagi netizen. Apa-apa pun semoga si anak akan murah rezeki selepas ini ya!

Sumber: Azie Haziyah|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds