Kehidupan yang baik dan sihat haruslah seimbang. Ini bermaksud anda perlu serius untuk perkara yang penting dan juga bergurau pada waktu yang sesuai.

Gurauan pasti membuatkan hari kita lebih gembira, bukan? Bayangkan kehidupan yang terlalu serius dan tidak ada perkara yang lucu, pasti kita akan diserang kemurungan dan depresi.

Maka dengan itu, untuk mengembirakan anda semua, kami akan kongsikan rakaman video yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter, di mana terdapat seorang pak cik yang seakan mengajuk dan berdiri di belakang lokasi temu bual sebuah rancangan bual bicara iaitu Wanita Hari Ini (WHI). Berikut merupakan rakaman tersebut :

Kredit: @thefaizibrahim | Twitter

Pak cik berkenaan tidak memperdulikan apa yang sedang berlaku (temu bual) lantas meneruskan aksinya yang berjaya mencuit hati orang ramai.

Aksi yang bersahaja. Comel betul, bukan? Pasti dia akan bertanya pada anaknya di rumah, “Nampak ayah di kaca televisyen tak?”

Kredit: @thefaizibrahim | Twitter

Seorang pengguna yang berkata bahawa neneknya yang melihat aksi lelaki itu gelak besar dan cucunya itu tidak pernah melihat neneknya gembira seperti itu

Kredit: @thefaizibrahim | Twitter

Di studio, hos yang juga selebritu, Fahrin Ahmad turut tidak dapat menahan diri daripada ketawa melihat aksi lelaki berkenaan. Mungkin aksi lelaki terbabit lebih mendapat perhatian jika dibandingkan dengan tajuk yang dibincangkan ketika itu.

Justeru, terima kasihlah kepada pak cik itu kerana aksinya sudah berjaya menggembira hari orang ramai dengan melihat gayanya yang bersahaja. Tindakan spontannya itu sedikit sebanyak menceriakan pengakhiran buat tahun 2018. Selamat tahun baru!

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds