Agak sukar bagi manusia untuk memahami apa yang haiwan peliharaan inginkan, walaupun haiwan tersebut sangat dekat dengan kita seperti kucing.  Walaupun manja dan lincah, namun sebenarnya kita perlu faham apa yang mereka mahukan dan tahu cara yang tepat untuk menangani mereka.

Oleh sebab itu, kami akan kongsikan kompilasi tips berguna yang boleh anda lakukan pada kucing anda. Teruskan membaca

#1 Menenangkan kucing anda

Kredit: © gussie_the_cat / Instagram   © neko.co.kr / Instagram

Caranya adalah dengan meletakkan ganjaran atau lebih dikenali dengan panggilan ‘treat’ pada mana-mana permukaan yang rata agar mudah untuk kucing menjilatnya. Tips ini akan membuatnya sedikit sibuk buat seketika. Ataupun anda boleh semburkan air pada bulunya agar kucing akan menjilat bulu mereka.

#2 Ajar kucing merapikan bulu sendiri

Kredit: © Pet Supplies Market / Aliexpress

Kucing gemar membersihkan bulunya. Lekatkan berus yang berfungsi seperti sikat pada dinding. Kucing pasti akan mencubanya kelak

#3 Buang bau pada kotak pasir najis

Taburkan sahaja sedikit serbuk teh hijau pada bahagian bawah di dalam kotak berkenaan

#4 Gunakan kotak pasir najis yang bersesuaian

Jika kucing tidak merasa selesa dengan kotak pasirnya, mungkin kucing akan mencari lokasi lain untuk melepaskan hajatnya. Maka, anda boleh letakkan sedikit tanah atau alaskan surat khabar lama pada kotak pasir agar kucing anda akan membuang sisanya di kotak itu juga.

#5 Halang kucing daripada merosakkan tanaman

Letakkan sedikit bunga kering di dalam pasu. Kucing pasti tidak berasa selesa sekaligus berhenti merosakkan tanaman anda.

#6 Mengelakkan kucing menjadi agresif sesama sendiri

Kredit: BestCatMom | Instagram

Kucing memerlukan masa untuk berkenalan, Bina rak atau kawasan di dalam rumah sangat membantu bagi mencipta ruang peribadi yang diperlukan oleh kucing. Kurangnya ruang peribadi boleh menyebabkan konflik di antara kucing.

#7 Mengelakkan kucing berjalan di atas meja

Gunakan ‘double masking tape’ – potong dan lekatkan (bahagian melekat di atas). Ia seakan perangkap dan akan menghentikan tabiat kucing anda kelak.

#8 Latih kucing gunakan pencakar

Jika kucing anda tidak suka gunakan pencakar, semburkan semburan ‘catnip’ pada pencakar tersebut dan kucing anda pasti suka!

#9 Halang kucing merosakkan perabot

Kredit: © thisiskristin_ / Instagram   © catzzzcorner / Instagram

Beli pencakar agar mereka tidak mencakar perabot. Ataupun anda boleh lindungi perabot anda dengan ‘protective tape’ atau dengan kotak. Dengan itu, kucing anda akan terbiasa dengan keadaan itu dan tidak lagi akan mencakar perabot.

#10 Pencakar buatan sendiri

Kredit: © Star Pets Product Workshop / Aliexpress   © 10 Years a Kitten Slave – by MPK Store / Aliexpress

Anda boleh balutkan kaki meja menggunakan tali dan tunjukkan pada kucing anda.

#11 Buat mainan untuk kucing

Kredit: happycllycats | Instagram

Cipta satu mainan universal daripada kotak kasut atau kertas tiub pada tisu tandas. Kucing akan rasa terdapat sesuatu yang tersangkut di dalam dan cuba untuk menangkapnya.

#12 Buat tangga khas untuk kucing

Kucing suka memanjat tempat yang tinggi. Oleh itu, bina satu tangga menggunakan papan dan lilitkan tali sandarkan ia pada dinding atau almari.

#13 Bina rumah untuk kucing

Anda cuma perlu sebuah kotak besar, potongkan pintunya dan alaskan bahagian bawah dengan karpet atau kain yang lembut.

#14 Kondo untuk kucing

Kredit: elenagreat2018 | Instagram

Cari sedikit ranting kayu bagi membina kondo kucing. Pastikan binaan anda itu benar-benar kukuh ya!

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds