Dwayne Johnson atau The Rock bukan sahaja seorang pelakon hebat dan juga ahli gusti terkenal tetapi beliau juga wajar digelar sebagai Anak Lelaki Terbaik apabila menghadiahkan ibu tercinta sebuah rumah sempena hadiah Hari Natal.

 

View this post on Instagram

 

This one felt good. Surprise! Bought my mom a new home for Christmas. All our lives growing up we lived in little apartments all across the country. Lived like gypsies on the road from one state to another. The first home my parents ever lived in was the one I bought for them in 1999. They divorced about 5yrs later and as with life, stuff happens and things got a little complicated. Since then I always made sure my mom and dad have everything they’ll ever need – houses, cars etc. But the house this time is a special one and the timing is very meaningful. I told her to treat this card like it’s “Willy Wonka’s Golden Ticket” because she gets to choose any home she wants – anywhere she wants. I always say, if you got a good mama, then you gotta pretty good shot at becoming a decent human being. And somehow, somewhere along the line I became one lucky SOB to be able to make stuff like this happen. Merry Christmas Ma and WOOOHOOO enjoy your new home. Dwanta 🎅🏾

A post shared by therock (@therock) on

“Rumah ini sungguh selesa. Sepanjang hidup kami membesar dan tinggal di dalam pangsapuri kecil,” tulis Dwayne menerusi akaun Instagramnya.

Kredit: WwGossip

Dwayne sentiasa bersikap jujur dan terus-terang tentang keperitan hidup yang dilalui oleh keluarganya termasuk pernah diusir dari rumah ketika beliau berusia 14 tahun.

Kredit: Pinterest

“Kami balik ke rumah dan melihat pintu sudah dikunci dan ada notis pengusiran. Ibu saya mula menangis. Di mana kami mahu tinggal? Apa yang perlu kami lakukan?”

Justeru, hadiah tersebut pastinya akan menceriakan hati si ibu apatah lagi rumah berkenaan dipilih sendiri oleh ibu beliau…

Menurut perkongsian Dwayne menerusi Instagram beliau lagi, pada tahun 1999 beliau pernah membelikan sebuah rumah untuk kedua ibu bapanya. Lima tahun kemudian, ibu bapanya bercerai dan keadaan menjadi semakin rumit.

Kredit: @Funny

Bagaimanapun, sebagai anak yang baik, beliau sentiasa memastikan keperluan ibu bapanya seperti rumah, kereta dan lain-lain dipenuhi.

Kredit: Daily Mail

Sempena perayaan Hari Natal baru-baru ini, Dwayne telah memberikan ibunya sekeping tiket persis ‘Tiket Emas Willy Wonka’. Tiket istimewa tersebut membolehkan ibunya memilih apa sahaja rumah idaman dan di mana sahaja yang dia mahukan.

Reaksi ibunya, Ata Johnson setelah menerima kejutan tersebut pastinya akan membuatkan hati anda tersentuh!

Kredit: Pinterest

“Jika kamu mempunyai ibu yang baik, pasti kamu akan menjadi seorang manusia yang baik juga.”

Sumber: Scary MommyEsquire

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds