Kami pasti ramai orang yang mengetahui tentang satu hal ini, jika anda mempunyai anak kecil di rumah, suasana yang senyap ketika mereka tidak tidur adalah sesuatu yang sangat mencurigakan.

Sesetengah ibu bapa akan meninggalkan anak kecil mereka di dalam bilik sementara melakukan tugasan rumah. Tetapi, kadang-kala si kecil yang ditinggalkan bersendirian cenderung untuk berasa bosan dan ingin keluar dari bilik dan bermain bersama ibu bapanya.

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Misalnya, di dalam video ini, seorang kanak-kanak dirakam sedang berusaha untuk turun daripada katil tanpa bantuan sesiapapun. Dengan segala tingkah lakunya, kami pasti, si kecil ini mempunyai IQ yang agak tinggi untuk kanak-kanak sebaya dengannya!

Di permulaan video, kita dapat melihat bahawa si kecil ini ingin turun dari katil dan duduk di penghujung katil, dia memulakan langkah dengan menolak sehelai selimut nipis dari katil.

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Kemudian si kecil ini cuba untuk menguji ketersampaian kakinya dengan melunjurkan kakinya ke lantai, namun segera membatalkan niatnya apabila menyedari bahawa kakinya masih belum dapat menjejak lantai.

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Kerana jarak lantai yang masih jauh, si kecil ini memutuskan untuk melemparkan selimut yang lebih besar ke atas lantai, kemudian segera melakukan ujian yang sama untuk mengetahui ketersampaian lantai itu. Malangnya, jarak kakinya dengan selimut yang telah dilempar masih jauh.

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Setelah itu, si kecil ini masih lagi berusaha untuk turun ke lantai dan dia segera melemparkan sebiji bantal besar di sebelahnya, dan kemudian cuba melakukan ujian yang sama lagi. Namun, walaupun dia telah mencuba yang terbaik, telapak kakinya masih juga belum dapat menjejak lantai. Dengan bantal yang telah dilemparkan, hanya penghujung jari kakinya sahaja yang dapat menyentuhnya.

Oleh itu, si kecil ini membatalkan sebentar niatnya sebelum memikirkan tindakan lain yang harus dilakukan.

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Selepas gagal untuk percubaan kali yang ketiga, si kecil ini naik semula ke atas katil dan mengambil sebiji lagi bantal besar dan menolaknya jatuh daripada atas katil. Si kecil itu kemudiannya duduk di penghujung katil dan mencuba untuk turun dengan mendahulukan sebelah kakinya yang memijak bantal besar itu.

Setelah berasa selamat, si kecil itu berpaut pada katil dan dengan perlahan-lahan menurunkan sebelah kakinya yang lagi satu. Akhirnya, dengan segala usaha yang dilakukan, si kecil yang comel ini berjaya turun dan memberikan senyuman yang mampu mencairkan hati semua orang yang menontonnya!

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Jika tidak ada rakaman ini, pastinya tiada siapa yang percaya bahawa kanak-kanak sekecil ini begitu bijak mengatur strategi untuk mencapai kemahuannya. Dia sangat pintar!

Mari kita lihat versi penuh video si kecil yang begitu bijak mengatur langkah untuk turun daripada katilnya ini:

Kredit: Akshara kishor/Facebook

Sumber: injurylawyernewportnews.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds