Bagi rakyat Malaysia, roti canai merupakan antara makanan popular yang sering menjadi pilihan rakyat tempatan termasuklah para pelancong daripada luar negara. Ia boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika sarapan, tengah hari, minum petang mahupun malam.

Kredit: Roti n Rice

Walaupun ia mudah didapati di kebanyakan kedai makan di Malaysia, namun tidak salah kiranya jika anda mencuba sendiri membuat roti canai di rumah.

Siapa tahu, mungkin rasanya lebih sedap berbanding di restoran? Justeru, kami akan kongsikan kepada anda resipi mudah yang hanya menelan kos sekitar RM5 sahaja, dikongsi oleh Normaliana Abu Bakar  di laman Facebook bagi membuat roti canai.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :

– Tepung gandum (4 cawan)
– Sebiji telur
– Garam (1/2 sudu kecil)
– Minyak masak (secukupnya bagi merendam dan menggoreng)

Cara membuat :

1. Campur tepung, gula dan garam. Masukkan air dan telur. Uli sehingga doh tidak lagi melekat kira-kira 20 minit. (Jika uli menggunakan tangan, gunakan air suam. Jika guna mesin, gunakan air sejuk)

2. Bahagi doh pada bahagian kecil mengikut cita rasa anda

3. Susun dalam bekas yang diisi dengan minyak masak. Doh perlu terendam dalam minyak dan dibiarkan selama 2 jam

4. Siapkan tempat untuk menebar. Dulang besar letakkan di atas baldi. Dulang kecil pula untuk letakkan roti canai

5. Ambil sebiji doh kemudian tekan-tekan seperti gambar. Biar selama 3-4 minit (untuk melembutkan tepung), kemudian tebarkan

6. Tebar tepung jadi bulatan besar. Tarik perlahan-lahan

7. Tebar sehingga penuh dulang

8. Lipat pada sisi pertama dan kedua

9. Kemudian lipat pula pada sisi ketiga dan keempat

10. Kemudian bolehlah digorengkan

11. Siap! Anda juga boleh tambah sardin, pisang, keju dan telur mengikut cita rasa anda!

Sumber: Normaliana Abu Bakar

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds