Ketika berusia enam tahun, gadis ini mula menjadi bualan hangat di seluruh dunia pada tahun 2007 kerana digelar sebagai ‘gadis yang tercantik di dunia’.

11 tahun kemudian, gadis dikenali sebagai Thylane Blondeau ini sekali lagi ingin merebut gelaran itu dan disenaraikan di dalam anugerah tahunan TC Candler’s 2018.

Anugerah yang dimulakan pada tahun 1980 ini diadakan bagi menghargai individu-individu yang dikurniakan dengan kecantikan tertentu. Bagaimanapun, video pengumuman pemenang anugerah untuk tahun ini menjadi tular sehingga meraih lebih daripada dua juta tontonan dalam hanya dua hari sahaja!

Tahun ini menyaksikan pelakon Amerika-Filipina iaitu Liza Soberano yang memperoleh tempat keempat manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh seorang model Israel iaitu Yael Shelbia. Naib juara dipegang oleh penyanyi terkenal kelahiran Taiwan yang menganggotai kumpulan K-Pop Twice iaitu Chou Tzu-yu dan gelaran juara disandang oleh Thylane!

Pertandingan The 29th Annual Independent Critics List 2018 yang diasaskan pada tahun 1990 oleh pengkritik filem British iaitu TC Candler sebelum ini pernah memberikan anugerah tersebut kepada Michelle Pfeiffer, Marion Cottilard dan juga Jourdan Dunn.

Menerusi akaun Instagram beliau, Thylane sempat mengucapkan terima kasih kepada penganugerahan yang diberikan dan menyatakan rasa terkejutnya kerana berjaya menerima anugerah itu.

“Saya sendiri tidak percaya, berbanyak terima kasih kepada @tccandler dan semua yang telah mengundi. Saya tidak menyangka saya menjadi nombor satu! Saya berterima kasih kepada anda semua dan saya sangat berharap anda menikmati cuti Hari Natal ini bersama keluarga…”

Entri berkenaan menerima lebih daripada 80,000 jumlah like serta dihujani dengan pelbagai kata-kata pujian daripada para pengikut beliau.

“Tahniah Thylane, anda layak menerimanya kerana anda seorang yang cantik.”

Seorang lagi netizen berkata, “Anda sangat sopan, suci, cantik semula jadi dan anda layak menerimanya!”

Ketika di usia empat tahun, Thylane telah melibatkan diri dalam bidang permodelan dan menggayakan jenama Jean Paul Gaultier. Pada usia 10 tahun, beliau menjadi model termuda yang pernah menghiasi majalah Vouge Paris.

Thylane yang merupakan anak kepada pemain bola sepak Perancis iaitu Patrick Blondeau dan ibunya seorang pereka fesyen, Veronika Loubry kini menjadi duta bagi jenama L’Oréal dan juga minyak wangi oleh pereka Perancis iaitu Lolita Lempicka.

Thylane juga pernah muncul di dalam kempen Dolce & Gabbana’s Spring 2017 bersama-sama Zendaya, Lucky Blue Smith serta Presley Gerber.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds