Sepasang suami isteri yang tinggal di Washington berkongsi minat yang sama terhadap zaman Victoria. Mereka bukan sahaja meminati bahan bacaan daripada era berkenaan tetapi juga kehidupan harian masyarakat tersebut pada zaman itu.

Sewaktu Sarah Chrisman pertama kali memakai korset yang dibelikan oleh suaminya, Gabriel ia seolah-olah seperti satu perkara yang mengejutkan. Bengkung itu dikatakan sungguh selesa dipakai, tidak seperti yang digambarkan di dalam buku sebelum ini yang mendakwa bengkung pada zaman dahulu sangat ketat!

“Ketika saya sedar segala perkara yang saya dengar mengenai korset itu adalah salah, saya mula bertanya kepada diri apakah perkara lain yang mungkin salah didengar juga?” kata Sarah kepada ABC News.

Pada waktu itulah pasangan ini mula memasukkan sedikit demi sedikit elemen Victoria dalam kehidupan mereka. Mereka membeli perabot Victoria untuk diletakkan di dalam kediaman mereka yang terletak di Port Townsend, menggunakan teknologi moden pada kadar yang minima serta mengubah gaya hidup mereka menyerupai kehidupan di akhir abad ke-19 itu.

Sarah juga menjahit kesemua pakaiannya sendiri sementara pakaian ala zaman Victoria bagi Gabriel pula dijahit oleh tukang jahit.

“Memakai pakaian abad ke-19 sebagai rutin harian memberi kita pengertian tentang kehidupan pada zaman dahulu. Segala-galanya sungguh peribadi tetapi pada masa yang sama juga terasa biasa dan ia tidak pernah diulaskan.”

Sarah turut mendakwa bahawa pakaian berkenaan membuat dia menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling termasuk angin lembut disebabkan oleh orang atau haiwan yang lalu-lalang.

Sementara itu, di kediaman yang dibina pada tahun 1888 itu, segala penggunaan bagi kemudahan moden dan berteknologi tinggi seperti talian telefon, internet serta komputer dikurangkan dan hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Di samping itu, bagi melengkapkan lagi suasana Victoria di dalam rumah, mereka menghiaskannya dengan barangan antik seperti dapur kayu, alat pemanas yang menggunakan minyak tanah serta tiada mentol lampu moden.

“Apabila saya dan Gabriel mempunyai tetamu, kami akan menggunakan mentol lampu elektrik seperti paten pertama yang dicipta oleh Tesla dan Edison. Apabila hanya kami berdua sahaja, kami menggunakan lampu minyak tanah,” ujar Sarah yang mendakwa cahaya daripada lampu antik adalah lebih terang berbanding lampu moden.

Kredit: The Seattle Times

Pengamalan gaya hidup sebegini turut membuatkan pasangan Sarah dan Gabriel lebih menghargai sumber alam semula jadi.

“Untuk menggunakan alat pemanas antik kami pada musim sejuk, saya perlu mengisi dengan minyak tanah dan memastikan sumbunya bersih. Apabila kami mahu menggunakannya, saya perlu membuka dan menyalakannya. Ia bukan satu proses yang membebankan tetapi ianya lebih daripada sekadar menekan butang suis.”

Ketiadaan muzik dan televisyen di rumah mereka juga tidak menjadi satu masalah buat pasangan ini yang banyak menghabiskan masa dengan membaca buku atau menunggang basikal.

Sarah yang merupakan seorang penulis menghabiskan masanya dengan menulis menggunakan pen mata yang diisi dengan menggunakan dakwat cecair.

Meskipun mereka tinggal di abad ke-21, mereka merasakan kepuasan dalam kehidupan tanpa penggunaan sebarang gajet moden. Sarah membakar roti, mencuci pakaian dengan menggunakan tangan dan menjahit bajunya sendiri. Walaupun perlu bekerja lebih keras, Sarah langsung tidak kisah dan gembira menjalani kehidupan itu.

Kredit: The Sound: Exploration Strategy Innovation/Youtube

Sumber: NTDThe Sound: Exploration Strategy Innovation/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds