Jika anda sudah menonton filem Aquaman, kemungkinan besar anda telah jatuh cinta dengan watak utama filem berkenaan iaitu Jason Momoa. Memegang watak yang sungguh maskulin dan berkuasa, anda pasti tidak menyangka personaliti beliau sebenarnya adalah jauh daripada apa yang anda tonton di wayang!

Dengan ketinggian 1.93 meter, aktor hebat berusia 39 tahun ini membesar di Hawaii dan sangat mencintai keindahan laut sehingga beliau mengambil kursus Biologi Marin semasa menuntut di kolej dahulu… Beliau mempunyai kemahiran berenang dan menyelam sekali gus menjadikan beliau adalah individu yang paling sesuai untuk memainkan watak Aquaman ini.

Kredit: dailybreak.com

Seolah-olah beliau dilahirkan untuk menjadi Aquaman yang sebenar!

Tetapi siapa sangka lelaki berbadan yang sasa dan maskulin serta riak wajah yang berkarisma ini sebenarnya adalah seorang yang kelakar dan mesra!

 

Jason dikatakan suka membuat lawak jenaka dengan berlari-lari dan memeluk individu di sekelilingnya. Lihat gambar beliau sedang memeluk pengarah filem terkenal iaitu James Wang. Betapa besarnya otot beliau…

Jason begitu gemar memeluk orang sehinggakan Superman juga tidak terlepas daripada pelukannya!

Sememangnya beliau adalah seorang yang berperwatakan ceria dan suka mengusik. Pasti sesiapa yang berada di sekelilingnya sangat terhibur dengan kehadiran Jason.

 

Kredit: Pinterest

Pada masa yang sama, Jason Momoa juga mempunyai senyuman yang manis dan boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat beliau!

Ketika bergambar bersama peminat, Jason turut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan sisi lawaknya…

Menurut rakan pelakon yang turut membintangi filem Aquaman dan memainkan watak sebagai Mera iaitu Amber Heard, Jason adalah seorang individu yang tidak boleh duduk diam. Jason dikatakan sentiasa menolak, menyiku dan melakukan apa sahaja demi mendapatkan perhatian. Jason diibaratkan seperti virus gembira yang positif!

Malah, kisah percintaan dan perkahwinannya dengan pelakon Lisa Bonet juga kedengaran seperti mimpi! Jason memaklumkan bahawa dia mula jatuh hati pandang pertama dengan Lisa ketika pertama kali melihat isterinya itu di kaca televisyen. Pada ketika itu, Jason baru berusia lapan tahun dan Lisa pula 20 tahun!

Kredit: ET Online

Pasangan ini dilaporkan telah berkahwin pada tahun 2007 dan kemudiannya melangsungkan perkahwinan secara rasmi pada tahun lalu…

Jason Momoa, sememangnya seorang lelaki yang diidam-idamkan para wanita! Bertuah sungguh Lisa Bonet…

Sumber: GoodTimes

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds