Rasanya baharu sahaja dunia dikejutkan dengan kejadian tsunami yang membadai di Selat Sunda di Indonesia, yang mengorbankan 430 orang pada 22 Disember lalu.

Tsunami berkenaan dilaporkan tercetus berikutan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau di mana sebahagian daripada gunung berapi berkenaan jatuh ke lautan mengakibatkan kejadian tanah runtuh di dasar laut.

Tidak lama selepas tsunami, segala aktiviti penerbangan segera dialihkan berikutan jumlah abu yang dikeluarkan daripada gunung berapi. Sementara itu, penduduk juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada berada di kawasan pesisiran kerana dikhuatiri akan berlaku tsunami yang lain.

Sementara Indonesia sedang dalam usaha untuk pulih daripada situasi berkenaan, negara itu sekali lagi diuji dengan bencana alam yang lain pula.

Pada 30 Disember yang lalu, satu puting beliung telah melanda di kawasan Panguragan, Cirebon, Jawa Barat. Insiden tersebut mengorbankan seorang mangsa, sementara 165 buah rumah difahamkan musnah, menurut The Jakarta Post.

Kredit: The Jakarta Post

Gambar dan video insiden tersebut mula mendapat perhatian di internet. Selain daripada itu, Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNBP) Indonesia sedang mengkaji impak berikutan kejadian puting beliung berkenaan.

Kredit: Sobat Karin | YouTube

Sumber: The Jakarta Post , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds