Seorang bayi dilahirkan dengan berat 14 pound dan 13 auns (6 kg dan 719 g) di Texas pada 12 Disember yang lalu. Bayi yang dinamakan Ali James Medlock itu telah memecahkan rekod untuk Hospital Memorial Arlington, menurut ibunya, Jennifer Medlock kepada NBC.

Kredit: NBC Bay Area/Twitter

Doktor yang menyambut kelahiran Ali juga mengatakan bahawa ini adalah bayi yang terbesar yang pernah dia sambut selama 30 tahun kerjayanya.

Selain mempunyai berat badan yang banyak untuk seorang bayi, Ali juga mempunyai ukuran 21.5 inci (54.61 cm) panjang.

Kerana saiznya yang luar biasa ini, Ali terpaksa ditempatkan di unit penjagaan rapi neonatal selama seminggu kerana bacaan gula dalam darah dan plateletnya terlalu rendah dan dia didapati bernafas dengan terlalu cepat.

Keadaannya telah bertambah baik sejak lahir.

Medlock berkata anak perempuannya, Annabelle mencacatkan berat sebanyak 9 paun dan 10 auns (4 kg dan 366 g) ketika dilahirkan.

Menurut Rekod Dunia Guinness, kelahiran paling berat dalam sejarah rekod berlaku di Seville, Ohio pada 19 Jan, 1879.

 

Kredit: Global News

Bayi yang tidak dinamakan itu mempunyai berat sebanyak 22 pound (9.97 kg) dan meninggal 11 jam selepas lahir.

Bayi yang paling berat lahir daripada seorang ibu yang sihat adalah seorang bayi lelaki yang beratnya 22 pound dan 8 auns (10 kg dan 206 g) di Itali pada bulan September 1955.

Purata bagi berat badan untuk bayi adalah sekitar 7.5 paun (3.4 kg), walaupun antara 5.5 paun (2.5 kg) dan 10 paun (4.53 kg) dianggap normal, menurut Universiti Michigan.

“Kanak-kanak lelaki biasanya lebih berat berbanding kanak-kanak perempuan. Bayi pertama biasanya lebih ringan daripada adik-beradiknya yang seterusnya. Ibu bapa yang bersaiz besar umumnya mempunyai bayi yang besar, manakala ibu bapa yang kecil umumnya mempunyai bayi yang kecil,” kata universiti itu.

Kredit: Global News

Bayi yang baru lahir sering kehilangan kira-kira 8 auns (227 g) pada hari-hari selepas kelahiran tetapi mendapatkannya semula sekitar 10 hingga 12 hari. Pada bulan pertama, lazimnya berat bagi bayi yang baru lahir akan meningkat sebanyak 4 hingga 8 auns (113 g hingga 227 g) seminggu.

Purata panjang bayi yang baru lahir pula adalah 20 inci (50.8 cm) dan bayi biasanya tumbuh 1.5 inci (3.81 cm) hingga 2 inci (5.08 cm) pada bulan pertama.

“Ramai bayi kelihatan sedikit kurang sempurna ketika beberapa hari pertama atau minggu selepas lahir. Secara beransur-ansur mereka akan mendapat rupa bayi yang comel dan sihat,” menurut universiti yang sama.

Sumber: NTDGlobal News

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds