Peminat setia Hayao Miyazaki pasti berasa teruja apabila mendengar dunia magis dan fantasi pelukis kartun dan juruanimasi terkenal Jepun itu akan dibawa ke dunia nyata menjelang tahun 2022. Hayao Miyazaki adalah antara pelopor karya animasi termasyhur di Jepun dan pengasas studio produksi animasi terkenal di dunia, Studio Ghibli. Para peminat Studio Ghibli dan Hayao Miyazaki sudah pasti menonton filem animasi legenda dan tayangan wajib Studio Ghibli seperti ‘My Neighbour Totoro’ dan pemenang anugerah Oscar, ‘Spirited Away’ berulang kali.

Kini dunia fantasi dalam filem tersebut akan dibawa ke alam dan dunia nyata yang dijangka dibuka kepada umum pada tahun 2022. Taman Tema Studio Ghibli akan dibina di tapak Taman Peringatan Aichi di Bandar Nagakute, seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan wilayah Aichi di Jepun. Gambaran dan lakaran visual Taman Tema Studio Ghibli adalah seperti di bawah.

‘Bukit Belia’

Kredit :  Studio Ghibli

Taman tema dengan lot seluas 500 ekar sebelum ini pernah digunakan sebagai tapak ‘World Fair’ pada tahun 2005. Taman ini dijangka membawa karya Studio Ghibli ke alam nyata dengan cara tersendiri apabila pengunjung dibawa bersama untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Kredit : Studio Ghibli

Di dalam taman ini, sudah sedia ada terdapat replika rumah yang dipaparkan dalam filem ‘My Neighbour Totoro’, yang dibina untuk ‘World Fair 2005’.

‘Gudang Besar Ghibli’

Kredit :  Studio Ghibli

Menurut jurucakap kerajaan wilayah Aichi, pembinaan taman tema ini akan memberi fokus kepada binaan ‘tanpa merosakkan fungsi dan pengekalan keindahan alam semula jadi’, disamping akan ‘menguna dengan sebaiknya sumber tanah dan kemudahan fasiliti sedia ada yang tidak digunakan dengan cara yang lebih berkesan’. Ruang dan laluan dalam taman tema ini juga akan dibina dengan ciri-ciri alam semula jadi.

Kredit :  Studio Ghibli

Taman Tema Studio Ghibli akan menampilkan bangunan dengan ciri dan gaya Eropah, seperti yang sering dipaparkan dalam kebanyakan filem animasi Studio Ghibli.

‘Lembah Ahli Sihir’

Kredit : Studio Ghibli

Sebagai contoh, pintu masuk taman tema akan dibina berdasarkan reka bentuk bangunan dalam filem ‘Howl’s Moving Castle’. Taman tema berkenaan akan dibahagikan kepada 5 kawasan yang berbeza dan berasingan iaitu ‘Bukit Belia’, ‘Gudang Besar Ghibli’, ‘Perkampungan Mononoke’, ‘Hutan Dondoko’ dan ‘Lembah Ahli Sihir’.

Kredit : Studio Ghibli

Taman Tema Studio Ghibli juga bercadang menampilkan ciri rekaan rekreasi kedai antik dari filem ‘Whisper of the Heart’, manakala ‘Gudang Besar Ghibli’ menyediakan ruang pameran , kawasan rekreasi, teater dan pawagam.

‘Perkampungan Mononoke’

Kredit : Studio Ghibli

Beberapa patung semangat haiwan yang sering ditampilkan dalam filem animasi Studio Ghibli seperti labah-labah besar, khinzir dan lain-lain makhluk aneh akan diletakkan di seluruh kawasan taman tema.

Kredit :  Studio Ghibli

Taman Tema Studio Ghibli dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung dan jutaan penggemar filem animasi keluaran Studio Ghibli di seluruh dunia. Sebelum ini pembukaan Muzium Ghibli di Tokyo sejak tahun 2001 mencapai kejayaan dengan kunjungan ribuan pengunjung setiap tahun. Muzium Ghibli yang popular menyediakan ruang pameran filem animasi Studio Ghibli, ruang serta kemudahan pembelajaran kanak-kanak dan teater.

‘Hutan Dondoko’

Kredit :  Studio Ghibli

Kerajaan Wilayah Aichi masih belum menetapkan kos keseluruhan bagi cadangan projek pembinaan Taman Tema Studio Ghibli secara tepat, oleh kerana para arkitek masih di dalam peringkat rekaan serta merangka struktur pembinaan dan ia belum disahkan.

Sumber : Bored Panda

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds